Cate Blanchett Tidak Takut Ulang Baju Di Permaidani Merah
Cate Blanchett menunjukkan nilai murninya dalam memupuk kesedaran kepada selebriti untuk tidak gentar ulang busana agar mampu menjaga kelestarian alam sekitar.
Mungkin tidak semua selebriti yang mempunyai idea yang sama dengan Cate Blanchett. Kerana dia sahaja yang berani untuk menyarungkan semula himpunan busana daripada arkib simpanannya. Mengapa perlu gayakan sekali sahaja jika gaya itu cukup sempurna? Belajar dengan Cate Blanchett untuk tampil gah dengan momen reworn fashion momen yang lalu.
Tidak mungkin pelakon hebat ini kekurangan baju, tetapi dia tahu pentingnya dalam memupuk dan mengajar orang ramai yang menyarungkan semula baju lama tidak punya salahnya. Disokong pula oleh penata gaya peribadinya, Elizabeth Stewart yang pernah mengeluarkan kenyataan yakni “It’s chic to repeat”.
GLAM sangat setuju dengan usaha murni yang cuba disemai oleh Blanchett. Kerana ia sedikit sebanyak mampu mewujudkan masa hadapan yang lebih hijau. Tidak terbiar baju cantik dalam dalam gerobok, hanya mengumpul debu semata-mata. Ini adalah momen reworn fashion Cate Blanchett di permaidani merah.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026


