fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Tiga Puteri Mahkota Yang Bakal Menerajui Tahkta
Kate Spade New York Meraikan Pencapaian Wanita Malaysia
Galeri SARENG Lancar Program Residensi Seni Antarabangsa Untuk Seniman Malaysia
Recap GBC Love Wellness: 6 Acara Self-Care Eksklusif Untuk Jiwa dan Raga
Ini 5 Restoran Di Klang Valley Yang Mengangkat Cita Rasa Asia
Home > Gaya Hidup > 4 Destinasi Restoran Pilihan GLAM Di Tokyo, Jepun

4 Destinasi Restoran Pilihan GLAM Di Tokyo, Jepun

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bulan orang bercuti! Destinasi paling orang gemari kala ingin bercuti semestinya Jepun. GLAM Bariskan 4 Restoran terbaik di Tokyo, Jepun

Restoran Terbaik Tokyo Jepun

Tokyo terkenal dengan masakan berkualiti tinggi dan restoran bertaraf dunia. Malah, ia dianggap sebagai bandar yang mempunyai restoran paling banyak menerima bintang Michelin di dunia, dengan lebih 200 daripadanya. Bergantung pada pilihan dan kepuasan anda, GLAM membariskan 5 restoran terbaik.

Pesanan GLAM, sebelum berkunjung anda perlu membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan.

ROPPONGI ROBATAYA

Roppongi Robataya Tokyo

Asal- usul Robatayaki adalah dari Miyagi Prefecture, Bandar Sendai. Sendai ialah bandar terbesar di wilayah Tohoku (timur laut) Jepun, yang diasaskan pada 1,600 oleh daimyo Date Masamune. Robatayaki ialah barbeku tradisional Jepun asli yang dimasak di hadapan pelanggan dan dihidangkan terus, serupa dengan gaya sushi. Para chef duduk di atas dek yang dikelilingi oleh bahan-bahan terpilih yang dipamerkan dengan teliti.

Untuk memesan, hanya dapatkan perhatian tukang masak dan tunjuk pada mereka yang anda mahukan, lalu dia akan mengambilnya menggunakan dayung kayu yang besar dan masak betul-betul di depan mata anda dan dihidangkan kembali kepada anda pada dayung yang sama. Suasana yang sangat meriah dan pengalaman sekali seumur hidup yang mengujakan untuk berhubung dengan kakitangan Jepun serta bertemu orang lain yang menikmati malam itu.

Alamat- Roppongi Robataya- 4 Chome- 4-3 Roppongi, Minato Tokyp 106-0032, Jepun.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse