fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Fahami Erti Di Sebalik “Love Bombing”
She Said Yes! Alyssa Daguisé Terima Lamaran Al Ghazali
Dari Meja Pengarah Kreatif: The New Contenders
5 Selebriti Bollywood Yang Menggunakan Ibu Tumpang Untuk Memiliki Cahaya Mata
Hidangan Mewah Sempena Valentine’s Day
Home > Gaya Hidup > Putera Harry Dijangka Tunda Pelancaran Buku Biografi

Putera Harry Dijangka Tunda Pelancaran Buku Biografi

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penghasilan buku kisah hidup Putera Harry menjadi projek yang dinantikan sejak ia diumumkan lebih setahun lalu.

Ia turut menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahli keluarga Diraja Britain memandangkan Putera Harry bercadang untuk mendedahkan pengalaman hidupnya sebagai kerabat dengan terperinci kepada dunia.

Menerusi satu kenyataan tahun lalu, pemilik nama Henry Charles Albert David itu berkata dia akan berkongsi pengalaman, cabaran, kehilangan dan pengajaran hidup yang telah membentuk dirinya selama ini.

“Saya menulis buku ini bukan sebagai putera tetapi sebagai seorang lelaki. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi apa yang telah saya pelajari setakat ini dan teruja untuk melihat orang ramai membaca kisah hidup saya yang menceritakan tentang kebenaran semata-mata,” tulisnya.

 

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse