fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Destinasi Melancong Di Zurich, Switzerland Pilihan GLAM
Teka-teki Kehamilan Neelofa Terjawab
Kecoh Miss Mexico 2025 Dihina, Penganjur Miss Universe Thailand Dikecam Teruk!
Tanda Cinta Putera Harry Buat Lilibet
Putera Harry Dijangka Tunda Pelancaran Buku Biografi
Home > Gaya Hidup > Amber Heard Jual Kediaman Rahsia Di Gurun Untuk Lunas ‘Hutang’

Amber Heard Jual Kediaman Rahsia Di Gurun Untuk Lunas ‘Hutang’

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Perbicaraan saman fitnah Johnny Depp terhadap Amber Heard berakhir Jun lalu, menyaksikan kemenangan berpihak kepada aktor tersebut.

Tujuh juri yang bersidang di Fairfax County Circuit Courthouse, Virginia memutuskan Amber perlu membayar ganti rugi sebanyak RM66 juta kepada Johnny atas fitnah yang ditulisnya dalam kolum Washington Post.

Menerusi artikel yang disiarkan pada 2018, bintang Aquaman itu merujuk dirinya sebagai seorang ‘tokoh masyarakat yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga’.

Juri memutuskan bahawa tiga kenyataan dalam penulisan tersebut berunsur fitnah seterusnya mengarahkannya membayar ganti rugi pampasan dan ganti rugi punitif. Disebabkan hak berkanun di Virginia, Johnny hanya akan menerima sekitar RM36.5 juta.

Foto: Getty Images

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse