fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kate Middleton Menyarung Peninggalan Puteri Diana Di Upacara Trooping The Colour
David Beckham Bakal Tampil Dalam Dokumentari Netflix Bernilai RM89 Juta
Pendelela Rinong Dikurnia Gelaran Datuk
Kate Middleton Serlah Sisi ‘Nakal’ Di Karpet Merah Bafta Awards
Penghormatan Istimewa Buat Putera Philip & Raja George VI Sempena Hari Bapa
Home > Gaya Hidup > Mary Elizabeth Winstead & Ewan McGregor Disatukan Dalam Satu Majlis Intim

Mary Elizabeth Winstead & Ewan McGregor Disatukan Dalam Satu Majlis Intim

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Hampir setahun menimang cahaya mata pertama, Ewan McGregor dan Mary Elizabeth Winstead akhirnya selamat bergelar suami isteri.

Ewan dan Mary disatukan dalam satu majlis kecil-kecilan pada hujung minggu lalu di hadapan ahli keluarga dan rakan terdekat selepas lebih lima tahun menjalin hubungan cinta.

“Ia berlangsung dalam satu upacara intim yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat. Majlis mereka berlangsung dalam suasana indah dan menggembirakan.

“Mary dan Ewan adalah pasangan secocok. Mereka sukakan kesederhanaan dan mencintai kehidupan jauh dari kota. Mereka sering menghabiskan masa dengan mendaki dan bersantai di tepi pantai,” satu sumber memberitahu portal People.

Mary Elizabeth Winstead & Ewan McGregor Disatukan Dalam Satu Majlis Intim

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse