fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Keira Knightley Enggan Lagi Berlakon Babak Panas
Selami Majapahit di Resort Mewah, Jumeirah Bali
Penerokaan Kopi Itali Bersama Ikon Fesyen, Chiara Ferragni
Oppenheimer Mendominasi Pencalonan BAFTA Film Awards 2024
Celine Dion Batal Konsert Jelajah Disebabkan Masalah Kesihatan Serius
Home > Gaya Hidup > Berita Kehamilan Britney Spears Mengundang Spekulasi Perkahwinan

Berita Kehamilan Britney Spears Mengundang Spekulasi Perkahwinan

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tahun 2022 bagai mengulangi kegemilangan 2000-an dalam industri hiburan Hollywood. Tiga hari selepas JLo mengumumkan pertunangan dengan Ben Affleck, Britney Spears pula mendedahkan dia kini berbadan dua.

Britney mengumumkan khabar gembira itu kepada 40.5 juta pengikutnya di Instagram menerusi satu perkongsian dua hari lalu. Dia mengakui berasa hairan kerana berat badan yang berjaya diturunkannya kembali bertambah ketika sedang bercuti di Maui, Hawaii bersama tunangnya, Sam Asghari.

“Saya tertanya-tanya apa berlaku dengan perut saya. Suami berseloroh mengatakan saya ‘mengandung’ makanan. Jadi saya buat ujian kehamilan, dan keputusannya, saya sah berbadan dua,” tulisnya.

Ini merupakan kehamilan ketiga buat penyanyi berusia 40 tahun itu. Dia memiliki dua cahaya mata yang sudah meningkat remaja, Sean Preston, 16 dan Jayden James, 15 hasil perkahwinannya dengan Kevin Federline hampir dua dekad lalu.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse