fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Life at the Centre bersama The Exchange TRX
Oh là là! Cuba Sajian Klasik Perancis, Sole Meunière Bersama Ili Sulaiman
Rain Bakal Hangatkan Pentas Axiata Arena Bersama Artis Tempatan
Pelayaran Rasa Mewah di Atas Les Bateaux Belmond
5 Perceraian Penuh Skandal Di Hollywood
Home > Gaya Hidup > Uqasha Senrose Dirisik Dalam Satu Majlis Tertutup

Uqasha Senrose Dirisik Dalam Satu Majlis Tertutup

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Perhubungan pasangan pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose kini telah memasuki fasa baharu.

Petang semalam berlangsungnya acara merisik Uqasha daripada rombongan keluarga Kamal yang diadakan secara kecil-kecilan mengikut SOP di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian foto dan video di Instagram Raysha Rizrose, Uqasha kelihatan anggun dalam persalinan serba putih. Dia menerima sebentuk cincin merisik yang disarungkan ke jari manisnya oleh bakal ibu mentua.

Menerusi satu hantaran lain, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu kelihatan teruja menayang cincin berlian miliknya ketika merakam foto bersama keluarga.

Bagaimanapun, ramai netizen menganggap pasangan itu telah bertunang, malah ada yang membuat andaian mereka sudah bernikah.

“Majlis merisik sahaja berlangsung membabitkan keluarga kedua-dua pihak. Kamal pun turut serta. Namun tarikh pertunangan, akad nikah dan majlis resepsi belum diputuskan.

“Semua masih dalam perbincangan. Doakan segala yang dirancang dipermudahkan,” kata Raysha.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse