fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Hadiah Mempersonifikasikan Personaliti?
Di Sebalik Upacara Perkahwinan Intim Lily Collins
Foto Pertama Makam Ratu Elizabeth II Didedahkan
Deepika Padukone & Ranveer Singh Kongsi Maternity Shoot Bersama Peminat
Khabar Angin Tersebar, Dua Lipa Hamil Anak Pertama
Home > Gaya Hidup > Kediaman Shawn Mendes & Camila Cabello Dipecah Masuk, SUV Dicuri

Kediaman Shawn Mendes & Camila Cabello Dipecah Masuk, SUV Dicuri

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pasangan penyanyi Hollywood paling sweet, Shawn Mendes dan Camilla Cabello berdepan detik ngeri apabila kediaman mereka dipecah masuk dua hari lalu.

Lebih mencemaskan, Shawn dan Camila sedang berada di dalam rumah agam milik mereka ketika kejadian tersebut berlaku. Seperti yang dilaporkan TMZ, perompak memecah masuk melalui tingkap.

Kegiatan berniat jahat itu terhenti apabila mereka menyedari pasangan itu berada di rumah. Namun malangnya salah seorang daripada perompak sempat mengambil kunci G-Wagon dan membawa lari kenderaan milik penyanyi Senorita itu.

Foto: Backgrid

Mujur Shawn dan Camila tidak dicederakan dalam insiden tersebut. Pihak polis telah pun dipanggil untuk menjalankan siasatan namun belum ada apa-apa penangkapan dibuat setakat ini.

Seperti yang anda tahu, pasangan lovebirds ini tinggal sebumbung sejak dua tahun lalu dan menjalani kuarantin bersama ketika pandemik Covid-19.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse