fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 K-Drama Hebat Lakonan Lee Byung Hun
Inarah Sofiya, Emilie Daceey & Rasyiqah Johan: Driven to Inspire
Destinasi Wajib Lawat Sekitar Pulau Pinang
DAY6 Bakal Adakan Konsert Debut di Malaysia untuk Siri Jelajah Dunia Forever Young!
Pantau Kesihatan, Stres & Langkah Anda Dengan Samsung Galaxy Ring
Home > Gaya Hidup > Chef Cinta Terbaru Katie Holmes

Chef Cinta Terbaru Katie Holmes

Satu hantaran Instagram mengesahkan bahawa Katie Holmes kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang chef yang juga merupakan pelakon sampingan, Emilio Vitolo Jr.

Pendedahan tersebut dibuat oleh chef itu sendiri, di mana dia memuat naik satu entri sempena ulang tahun kelahiran Katie yang ke-42.

“Seorang yang sangat hebat, baik hati dan menawan. Setiap kali menatap wajah kamu, saya akan tersenyum. Selamat hari jadi!!! Saya cintakan kamu!!,” tulis Emilio.

https://www.instagram.com/p/CI8yn2hhq5W/

Percintaan pasangan ini mula dihidu sejak September lalu di mana mereka dilihat berjalan sambil berpegangan tangan di tengah kota. Bulan lalu, Katie sekali lagi dirakam memaut lengan Emilio ketika berjalan di Soho. Namun, tiada apa-apa pengesahan yang keluar daripada mulut mereka ketika itu.

Menurut satu sumber, hubungan mereka sangat bahagia dan Holmes merupakan teman wanita yang supportive lebih-lebih lagi ketika perniagaan Emilio melalui saat sukar disebabkan pandemik Covid.

Foto: Gotham/GC Images

Baca: Mira Filzah Tercalon Untuk 100 Wanita Tercantik 2020