fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Eksklusif Detik-Detik Indah Perkahwinan Priyanka Chopra & Nick Jonas
Gambar Beraya 2017 Selebriti Tempatan
Teaser: Ada Apa Dengan STAND TOGETHER?
Selebriti Yang Memeriahkan Paris Couture Week 2019
Pasangan Hollywood Yang Sudah Berpisah Pada Tahun 2017
Home > Personaliti > Princess Maria Teresa, Kerabat Diraja Pertama Maut Dek COVID-19

Princess Maria Teresa, Kerabat Diraja Pertama Maut Dek COVID-19

Puteri Maria Teresa dari Sepanyol meninggal dunia selepas disahkan positif jangkitan coronavirus (COVID-19). Puteri berusia 86 tahun yang juga sepupu Raja Sepanyol, Felipe VI, menjadi individu pertama dalam kalangan kerabat Diraja yang maut akibat wabak itu. Dia meninggal dunia di Paris pada Jumaat lalu.

Adik lelakinya, Putera Sixtus Henry dari Bourbon-Parma mengumumkan berita sedih itu, ketika 832 orang lain meninggal dunia akibat COVID-19 di Sepanyol, menyebabkan angka kematian menjadi 5,690. Puteri Maria daripada kerabat Diraja Bourbon-Parma dilahirkan di Paris, Perancis pada 28 Julai 1933 kepada ibu bapa, Putera Xavier dan Madeleine de Bourbon. Beliau adalah profesor Sociologi di Complutense Universiti di Madrid, Sepanyol.

Dia turut diberi jolokan ‘Puteri Merah’ (Red Princess) kerana aktif memperjuangkan hak wanita dan idea sosialis, menurut laporan media Metro.co.uk. Sementara itu, Putera Charles turut disahkan positif COVID-19 yang kini meragut 1,019 nyawa di United Kingdom (UK). Jurucakap istana memberitahu Putera Charles mempunyai simptom ringan jangkitan itu tetapi kekal dalam keadaan sihat.

Putera Charles dan Ratu Elizabeth dilaporkan meninggalkan London dan kini berada di Istana Windsor untuk kuarantin diri.

Sumber: Berita Harian | DailyMail