fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
10 Warna Dinding Ini Beri Anda Mood Bahagia Serta Merta!
GLAM Deko Kediaman – Resort Tropika
Ruang – 20 Inspirasi Ruang Tamu Menawan Sambut Raya
Diari – Langkah Sempurna Ratu Sehari
Galeri Editor – Enam Inovatif Signatur Pereka
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Menu Manisan Mudah: Resipi Creme Brulee

Menu Manisan Mudah: Resipi Creme Brulee

Mencari idea manisan untuk dimasak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Tidak perlu menunggu hujung minggu untuk melakukannya. Anda boleh mengisi masa dengan membuat manisan mudah yang dikongsi oleh Chef Nik Michael Imran iaitu resipi Creme Brulee kegemaran ramai ini. Tentunya ia bakal menjadi pelengkap kepada waktu makan anda bersama dengan yang tersayang. 

Bahan-bahan

3 biji kuning telur

60 gm gula

150 ml susu

150 krim

1 sudu kecil ekstrak vanila

Gula untuk blowtorching

Cara Menyediakan:

  1. Pukul kuning telur bersama gula sehingga adunan pucat.
  2. Panaskan krim, susu dan ekstrak vanila sehingga suam. Tuangkan ke dalam adunan telur tadi dan kacau rata.
  3. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam ramekin dan masak secara water bath di dalam ketuhar selama 45 minit. Tutup creme brulee dengan kertas aluminium ketika membakar.
  4. Taburkan lapisan gula di atas creme brulee dan cairkan gula menggunakan penunu gas tangan sehingga gula perang keemasan.