Kafe Bottega Veneta Pertama Kini Dibuka Di Osaka
Buat penggemar Bottega Veneta, rumah fesyen ini baru sahaja membuka Kafe Bottega Veneta yang pertama di Osaka, Jepun. Berkeluasan 55 meter persegi, kafe ini terletak di tingkat dua Hankyu Men’s department store dan terdapat laluan secara terus dari butik Bottega Veneta.
Mengetengahkan konsep lightness, ruang kafe menggabungkan warna berani dengan unsur cahaya bagi membangkitkan rasa pesona pada ruang kafe berkenaan yang mencerminkan jenama mewah Itali yang ikonik tersebut.
Saat memasuki ruang, lantai kafe diserlahkan dengan Terrazzo Palladiano yang dibuat dengan pelbagai marmar Venetian serta papan tanda neon merah jambu yang terang, memberikan impak balkoni di atas bandar. Sementara itu, dinding taman kaca memperlihatkan kehijauan alam semula jadi disamping dinding seni bina dengan kemasan plaster putih.
Sementara itu, warna kuning dipilih untuk meja sebagai sementara warna biru sebagai palet untuk meja bar. Tempat duduknya pula mengingatkan identiti Bottega Veneta sendiri iaitu intrecciato espresso leather mewah yang disokong oleh struktur kayu sensual.
Bottega Cafè menawarkan curated menu yang diilhamkan oleh stail Itali tradisional seperti kopi, teh, jus dan wain, serta pelbagai makanan pencuci mulut dan salty aperitivo bites. Mengetengahkan jenama warisan yang kaya, pemilihan wain diberi perhatian secara eksklusif dan terdiri dari rantau Veneto – tempat kelahiran Bottega Veneta.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

