Barbie Diiktiraf Di Anugerah CFDA 2019, Ini Fakta-Fakta Mengejutkan Tentang Barbie
Buat wanita zaman kini yang membesar dengan patung Barbie, this is a good news for you! Guess what, status patung Barbie sebagai ikon fesyen global akhirnya mendapat pengiktirafan Majlis Pereka Fesyen Amerika (CFDA) baru-baru ini. Memasuki tahun yang ke-60 ‘menceriakan’ jiwa kanak-kanak wanita sejak berzaman lamanya, Barbie akhirnya menerima trofi Board of Directors’ Tribute pada Anugerah Fesyen CFDA yang berlangsung di Brooklyn.

Menurut jurucakap CFDA, anugerah ini diberikan kepada patung popular itu kerana telah memberikan inspirasi dalam bidang fesyen terutama sekali di Amerika Syarikat, selain menjadi inspirasi kepada ramai orang di seluruh dunia.

Menurut The Star, Barbie bukan sekadar patung mainan bagi kebanyakan kanak-kanak wanita di seluruh dunia, namun ia turut pernah menjalinkan kerjasama bersama pereka-pereka terkenal seperti Oscar De La Renta, Vera Wang, Tommy Hillfiger serta Moschino dalam rekaan pakaian untuk figura itu.

Kolabrasi Oscar De La Renta bersama Barbie sekitar tahun 2016
Sebelum ini, trofi sama juga pernah diberikan kepada Michelle Obama, Tom Ford dan Gloria Steinem. Congrats Barbie! You deserved it! Tanpa membuang masa, GLAM senaraikan beberapa fakta menarik tentang Barbie tidak semua tahu.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026

