fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kebaikan Yoga Untuk Kesihatan
Hidangan Pencuci Mulut Strawberi Trifle
Santai di Samui
Himpunan Rutin Pagi 7 Wanita Berjaya Era Ini
Himpunan Lokasi Terbiar Yang Anda Harus Lawati
Home > GLAM Life > Dari London Ke Kuala Lumpur: The Definitive Rat Pack Bakal Gegar KL

Dari London Ke Kuala Lumpur: The Definitive Rat Pack Bakal Gegar KL

Sebuah lokasi yang cukup dikenali ramai dek kerana nama-nama besar yang pernah menampilkan bakat mereka di sana, British Theatre Playhouse dengan kolaborasi bersama WorldWide Entertainment UK bakal membawa ‘The Definitive Rat Pack’ dari West End sendiri ke Kuala Lumpur!

 

Menjiwai elemen ‘cool’ sejak tahun 1960-an lagi, Rat Pack menarik perhatian ramai dengan pertunjukan mereka yang sentiasa laris terjual dan menjadi pilihan kebanyakan kelas atasan untuk menyaksikan aksi menarik oleh nama-nama besar seperti Frank Sinatra, Dean Martin dan Sammy Davies Jr yang bakal diadaptasi oleh Stephen Triffitt, Mark Adams dan George Daniel Long!

 
[envira-gallery id=”81212″]

Pertunjukan mereka akan datang ini turut menampilkan ahli-ahli asli Rat Pack, yang pernah menerima pencalonan Anugerah Olivier pada tahun 2003, dan penampilan istimewa Nancy Sinatra. Selain itu, sembilan pemuzik West End yang berbakat pasti bisa memberikan nostalgia yang anda perlukan for a short mental getaway.

 

Dengan semangat dalam meneruskan kerjasama mereka bersama Hilton, British Theatre Playhouse merasa teruja tiap kali mereka membawakan hiburan dari UK ke Malaysia.

 

Ahada 1 Julai, 2018 – Waktu Persembahan: 8 malam (Satu malam sahaja)

 

Lokasi: Hilton Kuala Lumpur

 

Harga Tiket: RM188, RM288, RM388 and RM488

 

Hotline tiket (03-92228811) atau lawati www.ticketcharge.com.my