fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Cathay Pacific Memperkenalkan Airbus A350-1000 Pertama Mereka Di Hong Kong
GLAM Life: Emmy Diana
Sambutan Hari Lahir Oliver Rousteing
Raikan Cinta Anda Di Sunway Putra Hotel Valentine’s Day Ini
Kembalikan Sikap Romantis Pasangan
Home > GLAM Life > Kenapa Zuriat Puteri Charlotte Tidak Akan Menerima Gelaran Putera Atau Puteri?

Kenapa Zuriat Puteri Charlotte Tidak Akan Menerima Gelaran Putera Atau Puteri?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Untuk mendapatkan gelaran “Prince” ataupun “Princess” dalam kalangan kerabat di raja British, anda hanya perlu dilahirkan sebagai ahli kerabat atau berkahwin dengan salah seorang kerabat di raja. Senang? Tidak sama sekali.

 

Debat tentang Duchess of Cambridge Kate Middleton perlu digelar sebagai Princess Kate atau tidak sudah lama menjadi topik perbincangan khalayak umum. Walaupun Kate adalah seorang puteri melalui perkahwinannya, dia bukanlah Puteri Kate.

 

Foto WENN.com

Selepas berkahwin dengan Putera William, Kate yang telah menerima gelaran Duchess of Cambridge juga telah mengambil gelaran yang dikurniakan kepada suaminya sebagai Princess William of Wales. Walau bagaimanapun, status puterinya telah digunakan dalam sijil kelahiran Putera George untuk mengisi bahagian pekerjaan rasminya yakni Princess of The United Kingdom.

 

Gelaran penuh Kate adalah ‘Her Royal Highness Princess William, Duchess of Cambridge, Countess of Strathearn, Baroness Carrickfergus.’

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse