fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Chryseis Tan in Command!
Gaya Fesyen Para Selebriti Di Anugerah Filem BAFTA 2025
Meriahkan Merdeka Bersama Koleksi Penuh Tradisi: The Warisan dUCK
7 Sepatu Boots Bakal Breakout Pada Musim Luruh/Sejuk 2023 Ini
GLAM FIRST: LOEWE Spring/Summer 2022
Home > Fesyen > Celine Dion Tampil Tres Chic Dalam Busana Floral!

Celine Dion Tampil Tres Chic Dalam Busana Floral!

Our hearts will go on with her tres chic outfit!

 

[soliloquy id=”68714″]

 

Ratu arena muzik, Celine Dion kini menjadi topik perbincangan peminat fesyen kerana gayanya yang jauh berbeza dari dulu. Pilihannya lebih berani dan bold — seakan-akan ingin membuat suatu statement gah akan karier beliau yang bakal dilonjak kembali!

 

Celine kini berganding bahu bersama penata gaya terkenal Hollywood, Law Roach. Law juga merupakan bekas juri di rancangan America’s Next Top Model, di samping repertoire beliau yang hebat sebagai seorang penata gaya masyur (termasuklah Jessie J dan Ariana Grande!). 

 

Celine Dion menjadi kegemaran mata-mata fesyen apabaila beliau tampil keluar hotelnya di Paris dengan memakai outfit yang kami hanya dapat simpulkan dengan satu perkataan — WOW! Dress Gucci yang disarungnya belum lagi dilancarkan kepada umum oleh rumah fesyen itu.

 

Dress maxi bermotif floral itu dilengkapkan dengan sandal hitam bertumit tinggi. Aksesori ringkas dipakai penyanyi My Heart Will Go On itu, iaitu kaca mata vintaj pink, serta tas tangan hitam dari Fendi. Dandanan signatur Celine juga memainkan peranan buat look high fashion itu.

 

Celine sedang dalam proses untuk melancarkan semula kariernya selepas 2016 yang sangat pilu baginya — Celine kehilangan René, suaminya selama 22 tahun kerana menghidap penyakit kanser dan abangnya, Daniel hanya beberapa hari selepas itu, akibat punca yang sama.

 

Celine berada di kota cinta itu buat konsert yang bakal diadakan. Paris menjadi sebahagian daripada tournya di  Eropah. Beliau bakal ke UK di penghujung bulan ini buat konsert di Birmingham, Glasgow dan London.