fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Millennial It-Girl: Nia “Sleepylllama” Atasha
GLAM x GLAM Lelaki Rebel Youth Party Dari Lensa Saufi Nadzri
Jenama Fesyen Yang Menderma Buat Turki Dan Syria
BFF Gigi Hadid dan Kendall Jenner Bersatu Dalam Kempen FENDI
#OOTD Kuala Lumpur Fashion Week 2017 Day 3!
Home > Fesyen > Lanvin Melantik Pengarah Kreatif Baharu Olivier Lapidus

Lanvin Melantik Pengarah Kreatif Baharu Olivier Lapidus

Lanvin nampaknya tidak memerlukan masa yang lama untuk mencari pengganti Bouchra Jarrar dengan melantik pakar e-couture Olivier Lapidus.

 

Rumah fesyen Perancis tersebut yang melepaskan Jarrar kerana mereka terus berdepan dengan kejatuhan dari segi jualan ikutan pemergian Alber Elbaz pada thun 2015 selepas 14 tahun berkhidmat untuk jenama tersebut.

 

Lapidus bukanlah satu nama besar dalam industri fesyen dan sebelum ini pernah memegang jawatan pengarah kreatif Balmain Homme pada tahu 1985 juga mempunyai labelnya sendiri Creation Olivier Lapidus yang dikategorikan sebagai satu jenama e-couture.

 

“Dengan sejarah berusia hampir 130 tahun ia merupakan cabaran yang menarik dan sangat besar untuk meneruskan legasi ini,” terang Lapidus.

 

Ini menunjukkan Lanvin sudi mencuba pendekatan baru oleh Lapidus yang dikatakan sangat tech savvy untuk menyelamatkan jenama Perancis itu.

 

Sebagai salah satu jenama tertua Perancis, Lanvin juga merupakan jenama yang berdikari dan tidak bernaung di bawah Kering mahupun LVMH.

 

Koleksi pertama Lapidus bakal dipertunjukkan pada bulan September ini di Paris.