fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Sembang Fesyen: Jovian Mandagie
Gala AmfAR Cannes Dipersembahkan Chopard Kumpul Lebih USD 17 Juta
Syomirizwa Gupta Spring/Summer 2016
Wajah Fesyen Lelaki Masa Kini-Dari Jung Kook ke Lionel Messi
Gaya Menawan Pilihan Fashionista Yang Menghadiri Perkahwinan Princess Eugenie
Home > Fesyen > Gaun Kahwin Bak Puteri Emmy Rossum

Gaun Kahwin Bak Puteri Emmy Rossum

 

Selepas lebih setahun bertunang bersama pengarah Sam Esmail, pelakon rancangan televisyen Shameless, Emmy Rossum telah menikahi buah hatinya itu di sebuah majlis perkahwinan yang cukup intim di kota New York beberapa hari lalu. Hanya busana yang termewah dapat mencuri perhatian lensa-lensa kamera pada hari yang penuh bermakna buat pasangan dua sejoli itu.

 

 

Pereka fesyen yang terpilih? Carolina Herrera. Beliau telah mereka gaun perkahwinan bak seorang puteri raja khas buat Emmy: Off-shoulder. Perhisan labuci di sekeliling pinggang. A full train. Veil renda paras lantai.

 

Carolina Herrera, yang acap kali digelar sebagai pereka busana pengantin yang tersohor di dunia fesyen, turut memuat naik foto Emmy bersana gaunnya di laman Instagram (houseofherrera).

 

 

Emmy memberitahu majalah Vogue, “Sejurus bertunang, saya sudah yakin bahawa saya mahu beliau [Carolina Herrera] sebagai pereka gaun perkahwinan saya”. Carolina mengambil bangunan Guggenheim di New York, yang juga merupakan lokasi berlangsungnya perkahwinan tersebut, sebagai ilham utama busana itu.