fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Item Wajib Miliki Daripada Louis Vuitton x Yayoi Kusama
Sazzy Falak, The It-Woman
KLFW16: 10 individu yang patut anda ikuti di Instagram!
Bidadari Adi Busana
Max Mara Reka Kostum Balet Buat Aterballetto
Home > Fesyen > Gigi Hadid Merupakan Jurufoto Untuk Kempen Versus Spring ’17, Menampilkan Zayn Malik

Gigi Hadid Merupakan Jurufoto Untuk Kempen Versus Spring ’17, Menampilkan Zayn Malik

Selepas penyanyi Zayn Malik berkongsi sebuah video sebalik tabir untuk kempen Spring ‘17 Versus Versace akhirnya foto-foto yang diambil oleh teman wanitanya, Gigi Hadid, sendiri telah dikeluarkan.

 

Stay tuned .. #VersusUncensored

A post shared by Zayn Malik (@zayn) on


 

Foto-foto yang diberi nama #VersusUncensored itu menampilkan Zayn dan model Adwoa Aboah di Chateau Marmont, Los Angeles dengan arahan Gigi Hadid sebagai jurufoto.

 

Tahun lepas Zayn telah dipilih oleh Donatella Versace sendiri untuk menagmbil peranan sebagai pengarah kreatif untuk Versus Versace — Versace dengan gaya yang lebih muda dan terkini — selepas pemergian Anthony Vaccarello.

 

“Kempen Versus merangkumi semua yang istimewa mengenai Zayn, Gigi, dan Adwoa. Mereka orang muda yang mewakilkan perasaan generasi muda dengan kejujuran, tenaga dan kasih sayang mereka,” terang Donatella Versace.

 

“Versus merupakan jiwa rock and roll keluarga Versace dan sudah lazim dikaitkan dengan muzik,” nyata Donatella dalam satu temubual semasa Minggu Fesyen London. “Semuanya, daripada Foo Fighters hingga ke Lenny Kravitz, pernah membuat persembahan semasa pertunjukan [Versus], dan ia berkaitan dengan pemberontakan. Pada saya, Zayn merupakan calon yang sempurna.”

 
Klik album di bawah untuk melihat foto-foto selebihnya.
 

[envira-album id=”63344″]