fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
7 Jenama Dalam Gaya Ikonik Fesyen CL 2NE1
Future Princess Meghan Markle Telah Memilih Pereka Gaun Perkahwinannya
After Party Anugerah Oscars 2018 Dihangatkan Dengan Pilihan Fesyen Hollywood
Charlotte Casiraghi Duta Baru Chanel
Don’t Stop the PARTY! Valentino Kembalikan The Party Collection 2022.
Home > Fesyen > Barangan Kemas Paling Popular Di Internet Ialah…

Barangan Kemas Paling Popular Di Internet Ialah…

Jika anda mempunyai kecemasan fesyen, panggil Kylie Jenner!

 

 

Syarikat barangan kemas, Karus Chains telah selidik akan  barangan kemas, jenama dan trend tahun ini yang paling dicari di Google. Anda boleh teka apa di tempat pertama? Hint: Kylie Jenner!

 

Semestinya gelang tangan tangan Cartier LOVE! Hal ini berkemungkinan kerana Kylie sering memuat naik gambar koleksinya serta look beraksesori dalam laman sesawang sosial seperti Instagram dan Snapchat. Kylie juga pernah berkata bahawa beliau tidak pernah tanggal gelang tangan Cartier itu selama 4 tahun!

 

 

Penyelidikan itu berkata bahawa gelang tangan Cartier Love dicari jauh lebih banyak berbanding aksesori lain yakni 353,840 kali dalam sebulan. Cincin Tiffany & Co. terletak di tempat kedua dengan 85,630 pencarian. Tidak dinafikan bahawa Kylie melonjakkan lagi populariti gelang tersebut.

 

Selebriti di seantero dunia, seperti Eva Mendes dan Sarah Jessica Parker hinggakan ke Katie Homes telah digambar bersama gelang tangan yang bermula pada $6,700 buat yang disalut emas 14K! Ia mencecah lebih dua kali ganda buat yang platinum atau yang ditatah berlian.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah