fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
5 Barang Kemas Terindah Di Koleksi Treasure Island Oleh Van Cleef & Arpels
Kameo Mengejutkan Atas Pentas Peragaan Fashion Week Fall 2019
Azrel Ismail Bergaya Segar Dengan Yellow Collection Di Onitsuka Tiger
Kanta Neutral Brunello Cucinelli Musim Bunga 2021
Keajaiban Krismas Bersama OMEGA di The Exchange, TRX
Home > Fesyen > Saint Laurent Kedua di KL Kini Dibuka

Saint Laurent Kedua di KL Kini Dibuka

Saint Laurent membuka cawangan kedua* di Kuala Lumpur!

 

saint-laurent_stores_malaysia_pavilion_lr_03

 

Cawangan baru tersebut memberi aura dan atmosfera bersinonim dengan label edgy itu. Ia mencerminkan identiti tersendiri jenama tersebut di samping visi berlainan mereka.

 

saint-laurent_stores_malaysia_pavilion_lr_01

 

Lot duplex yang didatangkan dengan facade luar, menyerlahkan konsep Saint Laurent yang selaras dengan interpretasi pergerakan moden Perancis pada awal abad ke-20. Dekorasi berunsur minimal menampakkan ciri sofistikated bersama barangan ikonik Art Deco yang menyuarakan estetik jenama Perancis tersebut. Dari lantai dan dinding bersalut marmar hitam dan putih bak sutera hinggakan ke bangku diselaput kulit dan trim berlogam nikel.

 

saint-laurent_stores_malaysia_pavilion_lr_02
Butik ini menawarkan pilihan barangan yang luas: prêt-à-porter, aksesori, sepatu, kaca mata serta barangan kemas buat lelaki dan wanita. Ia terletak di tingkat 2 dan 3 Pavillion KL.

Butik pertama Saint Laurent dibuka di Suria KLCC pada awal Oktober tahun ini.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah