fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kenapa Paris Jackson Mula Menarik Parhatian Ramai?
The Ultimate Essential For Your Skin
Tilda Swinton Channels Ivanka Trump Untuk Watak Antagonis
All Black: Tema Karpet Merah Barisan Aktres Golden Globes 2018
Kolaborasi Dinanti-nanti GUE$$ x A$AP Rocky!
Home > Uncategorized > Gaya Nuansa Nautika Lacoste

Gaya Nuansa Nautika Lacoste

Nuansa Nautika
 
Musim ini, Lacoste tampil dengan dua rekaan baru untuk lelaki dan wanita. Rekaan pertama daripada jenama fesyen ini menampilkan gabungan antara corak nautika 90-an dengan corak blok bernafas moden. Busana direka dengan jalur-jalur halus dan warna yang terang untuk menampilkan aura klasik dan anggun kotemporari.
 
Rekaan ini menggunakan warna-warna primary dan dicampurkan dengan palet warna biru dan rona semulajadi. Corak jalur dan blok menjadi pilihan bagi koleksi ini. Busana dari koleksi ini berfabrikkan nilon yang ringan dan digabungkan dengan fabrik dari jenis twill, jacquard dan cotton knit.
 
Lacoste look 1
 
Elegance Francaise
 
Tema kedua koleksi Lacoste ini pula berilhamkan sukan tenis. Lalu  kombinasi pleat disatukan bersama sulaman buaya bagi menonjolkan lagi  signatur jenama ini.
 
Palet warna Bordeaux, biru hijau, dan kelabu menjadi tema untuk koleksi kedua ini. Corak seperti jalur tenis, all-over kinetic prints dan micro pattern menjadi fokus utama untuk koleksi kedua ini. Material yang digunakan turut melihat gabungan antara fabrik wool knit dan cotton pique yang mencerminkan warisan jenama itu dimana kesederhanaan ditingkatkan dengan menambah elemen  perincian halus.
 
Lacoste look 2
 
[soliloquy id="49785"]
[soliloquy slug="lacoste"]