fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Selena Gomez Sering Dibuli Sewaktu Bersama Disney Channel
Parti Hari Jadi Mewah JLo dan Teman Baharunya!
Kate Middleton Ulangi Sejarah
Selena Gomez dan Justin Bieber Bakal Berkahwin
Apakah Gelaran Rasmi Meghan Markle Sebagai “Puteri” Terbaru United Kingdom?
Home > Uncategorized > Jurugambar Lagenda, Bill Cunningham Meninggal Dunia

Jurugambar Lagenda, Bill Cunningham Meninggal Dunia

Bill Cunningham

Gambar: The Sartorialist


 
Jurugambar jalanan lagenda, Bill Cunningham meninggal dunia pada usia 87 setelah Cunningham dimasukkan ke hospital selepas serangan strok. Berita kematiannya disahkan oleh The Times.
 
Bill Cunningham merubah konsep fotografi fesyen menjadi salah satu cabang antropologi budaya di New York. Mencatatkan kisah fesyen yang sentiasa berubah untuk The New York Times, dia melatih lensa kameranya untuk merakam suasana sosial New York dan apa yang dipakai oleh orang-orang di jalanan.
 
Dia mudah dikenali dengan memakai jaket utiliti biru, seluar khaki dan sneakers hitam.   Di tangannya tidak lekang kamera 35 milimeter tersangkut kemas di lehernya sambil menunggang basikal sekitar New York.
 
Bill Cunningham telah bekerja untuk The Times hampir 40 tahun dan telah merubah konsep fotografi fesyen dari formaliti ke sesuatu yang lebih individualistik.