fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Jotun Mewarnai Bangunan Sejarah Kuala Lumpur
Ruang – Versatiliti Material Kulit
Fokus – Nashrul Nasir, Pengasas Dzafr Deko
Promosi – Menangi Percutian di Hotel Element, Kuala Lumpur
Idea Penataan Gaya Bermain Pilihan Aksesori
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Inspirasi > Restoran Vegan & Vegetarian Layan Diri, Ethos Foods, London

Restoran Vegan & Vegetarian Layan Diri, Ethos Foods, London

 

Jika anda berada di bumi London, jangan lupa untuk singgah ke restoran vegetarian layan diri, Ethos Foods berlokasi berhampiran Oxford Circus, Central London. Restoran vegetarian  ini berkonsepkan layan diri. Tercipta hasil kerjasama I-AM dan usahawan Jessica Kruger, Ethos Foods membawakan reka pelan persekitaran restoran dinamik (hidangan bufet) bagi mengoptimumkan aliran pelanggan.

 

Gabungan serasi palet neutral; biru, emas dan perak ditemani  reka atur perabot  serba hitam menyemarakkan aura mewah minimalis. Lapisan marmar premium hitam Port Laurent dan putih Calcatta digunakan di kaunter untuk buah-buahan dan snek. Pokok-pokok Birch setinggi lebih empat meter berdiri megah di ruang utama menyampaikan elemen organik alam.

 

ETHOS-wide

Reka bentuk dan susun atur bercirikan kasual organik dengan percikan kemilau emas.

 

nrm_1421340720-ethosdecor

Atmosfera organik diserikan dengan tanaman pokok Birch memenuhi kawasan restoran.

 

ethos-foods

Ethos Foods adalah restoran vegan dan vegetarian yang berkonsepkan layan diri. Pengunjung boleh memilih barisan menu yang dihidang secara bufet. Lebih santai dan kasual!