fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM DEKO Okt/Nov 2014
Ruang – Maksima Ruang Kediaman
GLAM Deko Diari – Instalasi Fesyen dan Seni
5 Ilham Hidupkan Memori Indah Bersama Royal Selangor
Faktor Mengapa Anda Perlu Pereka Hiasan Dalaman
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Kediaman Persinggahan Datin Ezurin Yaacob di Nagasutra, Bali

Kediaman Persinggahan Datin Ezurin Yaacob di Nagasutra, Bali

 

IMG_2136-ezurin

Terbina di atas tebing tanah seluas setengah ekar, Nagasutra mengambil masa tiga tahun untuk disudahkan. Nagasutra berada di Ungasan, Jimbaran, Bali kira-kira 40 minit perjalanan dari Bandar Kuta. “Saya tidak berfikir dua kali apabila ditawarkan oleh ejen hartanah terkenal dari Australia, Richards Home. Jatuh cinta melihat budaya sejagat dan susur galur kehidupan mereka yang kekal berpaksikan warisan nenek moyang meski dilanda arus kemodenan, ternyata saya membuat keputusan tepat,” bicara Tunku Dato’ Yaacob Tunku Tan Sri Abdullah yang ditemani dan isteri tercinta, Datin Ezurin Yaacob.

 

Villa percutian peribadi serba mewah ini dilengkapi tujuh kamar penginapan yang mana setiap satu dilatari pemandangan kolam ikan peribadi. Seni bina berbentuk U, kolam renang di bina di tengah-tengah villa. Ruang makan dibina bersekali kamar tamu utama, mampu menjamu 14 tetamu pada satu-satu masa. Hiasan dalaman mendapat sentuhan sepenuhnya pereka terkenal Bali, Gill Wilson daripada Gill Wilson Interiors. Ezurin memberitahu, mereka sekeluarga akan terbang ke pulau nusantara ini sekurang-kurangnya empat kali setahun terutamanya menjelang musim cuti sekolah.

 

Gambar : Soo Phye

 

Prev1 of 3

Nagasutra

 

AS1A1022-ezurin

Prev1 of 3

Nagasutra