fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Jurufoto Perancis Disaman Putera William dan Kate Middleton
Kylie Jenner Berjaya Mengumpul $500,000 Untuk Smile Train
Gal Gadot Dibayar Sedikit Buat Filem Wonder Woman?
Rompakan Keatas Kim Kardashian Satu Konspirasi Dalaman?
Detik Pertama Pertemuan Kourtney Kardashian Bersama Teman Lelaki Barunya
Home > Uncategorized > Label Roberto Cavalli Dibeli Firma Ekuiti Persendirian

Label Roberto Cavalli Dibeli Firma Ekuiti Persendirian

Roberto CavalliGambar: TPGVIP

 
Rumah fesyen dari Itali, Roberto Cavalli membuat pengumuman bahawa 90 peratus saham syarikat itu akan dijual kepada konsortium pelabur yang diterajui firma ekuiti persendirian Itali, Clessidra S.p.A.
 
Laporan mengatakan keputusan itu dibuat Roberto Cavalli setelah berunding dengan beberapa firma ekuiti persendirian untuk menjual majoriti syer rumah fesyen itu. Baki 10 peratus dari saham tersebut akan masih menjadi milik Roberto Cavalli.
 
Baru-baru ini Peter Dundas dilantik menjadi Pengarah Kreatif baru label itu setelah tujuh tahun berkhidmat di Pucci. Nafas baru label itu bakal dipentaskan September nanti menerusi koleksi ready-to-wear. Namun sentuhan pertama Dundas dapat dilihat menerusi busana yang digayakan Kim Kardashian di Met Gala 2015.
 

Kanye West and Kim Kardashian attend the 'China: Through The Looking Glass' Costume Institute Benefit Gala at Metropolitan Museum of Art on May 4, 2015 in New York City. Photo by Lionel Hahn/AbacaUsa.comGambar: TPGVIP