fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Datin Lynda Rahim: “Saya banyak belajar daripada kesilapan.”
Nini & Joe Flizzow, Fashion’s New Powerhouse
4 Fakta Menarik Majlis Resepsi Rahsia Miley Cyrus dan Liam Hemsworth
GLAM Profil: Tyra Kamaruzzaman
Deanna Yusoff Merungkai Kisah Di Sebalik Dunia Peragaan
Home > Personaliti > John Galliano Kembali Beraksi!

John Galliano Kembali Beraksi!

John Galliano found guilty Gambar: TPGVIP

 
Dalam suatu pengumuman yang mengejutkan, rumah fesyen Maison Martin Margiela memaklumkan bahawa John Galliano dilantik menjadi pengarah kreatif bagi jenama itu.
 
Setelah dihimpit kontroversi pada tahun 2011, pereka fesyen itu mengambil pendekatan untuk menyepikan diri. Tahun lalu menyaksikan dia bekerjasama dengan Oscar de la Renta bagi menghasilkan koleksi ready-to-wear himpunan musim luruh.
 
Renzo Rosso, pengerusi kepada OTB Group iaitu syarikat induk naungan rumah fesyen itu berkata kepada Women’s Wear Daily, “Margiela sudah bersedia untuk jiwa penuh karisma serta daya kreativiti baru. John Galliano merupakan antara bakat hebat sepanjang zaman yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Saya tidak sabar untuk menanti kepulangannya dalam menghasilkan fantasi dunia fesyen yang hanya boleh dicapai melalui rekaan dia sendiri.”
 
Galliano bakal mengambil alih kepimpinan keseluruhan koleksi reka bentuk jenama itu termasuklah couture serta himpunan ready-to-wear lelaki dan wanita.