Use your ← → (arrow) keys to browse
Berita baik! Blackpink bakal membuat kemunculan semula 2022 pada Ogos ini. Pada 31 Julai, kumpulan itu mengeluarkan treler yang akan datang yakni “BORN PINK”.
Penantian yang ditunggu-tunggukan akhirnya sudah tiba! Pada 6 Julai YG Entertainment menyatakan bahawa kumpulan gadis K-Pop popular BLACKPINK akan membuat kemunculan semula pada bulan Ogos 2022 ini. Mereka bakal melancarkan album studio terbaru mereka yang diberi nama “BORN PINK” juga telah lama dinantikan peminat pada 16 SEPTEMBER ini!
Usaha kumpulan terakhir BLACKPINK adalah pada tahun 2020 apabila mereka keluarkan “THE ALBUM”. Sejak dua tahun lalu, mereka telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada projek individu mereka yang sendiri. Berikutan pelancaran album studio sulung mereka Oktober 2020 lalu, Album terkini ini mejadi keluaran pertama Blackpink sebagai sebuah kumpulan dalam masa hampir setahun dan sepuluh bulan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan YG, ahli kumpulan itu berada di peringkat akhir untuk mencipta album baharu.