Zayn Malik Tekad Untuk Membahagiakan Gigi Hadid Dunia Akhirat

Personaliti

Zayn Malik Tekad Untuk Membahagiakan Gigi Hadid Dunia Akhirat

76

Penyanyi Zayn Malik baru-baru ini menyatakan yang dia sangat bahagia pada masa ini dan meminta peminat untuk tidak terlalu risau akan kesihatannya.

 

“Saya merasa sangat sihat. Saya tidur lebih awal. Saya bekerja di studio sepanjang hari dan tidur dan jaga pada waktu yang sesuai. Saya makan dengan sihat. Saya juga mempunyai sebuha gym di rumah jadi sya sudah mula melatih badan saya.”

 

Foto David Fisher/REX/Shutterstock

Malik dan teman wanitanya Gigi Hadid telah menjalinkan hubungan hampir dua tahun dan mereka membuat keputusan untuk tidak terlalu memberikan tumpuan kepada perhatian yang diberikan kepada hubungan mereka. Tumpuan mereka dalam hubungan ini hanyalah pada diri mereka sendiri sebagai pasangan.

 

Sebagai pasangan yang hangat (and cute if we might add) mereka lebih selesa meluangkan masa bersama di rumah dan memasak daripada keluar makan malam di tempat umum.

 

“Kami berdua suka memasak, jadi kami masak makanan kegemaran satu sama lain. Saya memasak pai ayam dan jagung manis. Dia sangat sukakan resipi ini,” nyata Malik.

 

Apabila ditanyakan perihal status mereka sebagai selebriti Malik menjawab: “Kami cuba untuk tidak memikirkan sangat tentang itu. Terllau ramai orang yang sibuk dengan kehidupan orang lain. Saya hanya memberikan tumpuan kepada hubungan saya dancuba menjaga teman wanita saya sebaik mungkin dan dia juga begitu. Kami hanya mengharapkan yang terbaik untuk hubungan kami.”

Your email address will not be published. Required fields are marked *