Raja Jesrina Arshad, The Health Warrior

Raja Jesrina Arshad, The Health Warrior

Raja Jesrina Azlina Raja Arshad Pengasas Purelyb Terus Mara Menghimpunkan Komuniti Sihat Yang Mendambakan Gaya Hidup Organik. Dia Berkongsi Keinginan Dan Matlamat Untuk Kehidupan Lebih Sempurna.

 

So what’s next for 2016? Itulah yang berlegar di benak fikiran. Sewaktu mengulas isi kandungan, saya sedikit buntu dek melihat perencanaan masa depan yang masih tidak jelas kelihatan. Yang pasti, kemunculan Alessandro Michele untuk Gucci berjaya memukau kelompok fesyen dunia dengan estetika seninya yang hadir segar. Bersifatkan gaya eklektik, dia mencetus cita rasa baru namun masih tidak mengetepikan rasa feminin. Manakala industri kecantikan pula memihak kepada palitan rona-rona metalik seperti emas dan perak. Persoalannya, adakah ini rumusan agenda tahun baru? Bagaimana pula mengenai gaya hidup sihat memandangkan sudah ramai yang sedar akan kepentingannya buat kecergasan fizikal dan kecerdasan mental.

 

Trend gaya hidup ini terus hangat dibualkan oleh segenap lapisan masyarakat. Tidak kira yang masih di bangku persekolahan mahupun yang sudah mencapai usia 50-an. Biarpun konsep gaya hidup ini mungkin sudah agak lama berlabuh namun diet dan pemakanan bukanlah menjadi bualan utama. Dahulu ramai berpusu ke gimnasium dengan impian memiliki susuk tubuh tegap atau toned. Kini amalan makanan pula menjadi kegilaan kelompok urban. Ini terbukti dengan kehadiran budaya cold-pressed juice dan pemakanan organik yang mendapat tempat di Malaysia. Lihat sahaja pembukaan bar jus yang meraih permintaan penggemar jus segar tanpa gula. Termasuklah servis penghantaran makanan sihat ke pintu rumah anda.

 

MUDA DAN BERCITA-CITA TINGGI Pada hari penggambaran, kami, krew GLAM sibuk sekali kerana sesi fotografi bagi ruangan fesyen dan penghias wajah hadapan berlangsung pada hari yang sama. Perjanjian asal adalah pada keesokan harinya, namun harus dipercepatkan kerana jadual Jesrina benar-benar padat. Dia harus kembara ke luar negara bagi urusan kerja lalu mempromosikan gaya hidup sihat. Jesrina bervisi tinggi dan berwawasan luas. Inilah yang membuatkan saya kagum dengan kredibilitinya. Melihat akan bentuk fizikalnya yang ramping, ditambah pula kelembutannya bila berbicara, siapa sangka wanita ayu ini sangat kuat bekerja. Saya akui mungkin saya terlalu judgmental. Mana tidaknya, melihat akan pesonanya, barangkali dia banyak meluangkan masa di spa-spa atau butik-butik kecantikan memandangkan dia punya wang dan masa. Ternyata saya salah. Wanita ini sungguh kuat bekerja!

 

Berbual mengenai salasilah keluarga, Jesrina keturunan kerabat Diraja. Ayahandanya, Raja Tan Sri Datuk Seri Arshad bin Raja Tun Uda adalah daripada kerabat Diraja Selangor. Arwah nendanya, Tengku Puan Nor Saadah Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah merupakan nenek saudara kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Datuknya pula, Allahyarham DYMM Sultan Raja Tun Sir Uda Al-Haj Raja Muhammad adalah Gabenor Pulau Pinang pertama yang berkhidmat daripada tahun 1957 sehingga 1967. Beliau juga pernah dilantik sebanyak dua kali sebagai Menteri Besar Selangor. Almarhumah bondanya, Tengku Yusni Binti Tengku Mohd Yusof adalah kerabat dari Negeri Sembilan. “Kala usia muda remaja mereka berdua bertemu lalu jatuh cinta. Ironinya kedua-dua mereka merupakan jiran sewaktu menetap di Pulau Pinang. Bapa kini semi-retired di mana masih berkhidmat dalam lembaga pengarah untuk beberapa syarikat, antaranya Maxis. Sebelum itu beliau merupakan rakan kongsi di PriceWaterhouseCoopers (PWC),” terang Jesrina.

See also
"Less Is More." - Datin Nadia Mustaffa

 

“Saya mempunyai tiga orang adik-beradik, dua orang kakak dan seorang adik lelaki. Boleh dikatakan kami semua banyak menghabiskan masa di perantauan. Belajar di luar negara, tidak kira di peringkat sekolah menengah mahupun menekuni ilmu di peringkat ijazah dan sarjana. Namun kesemuanya rapat biarpun berjauhan dan jarak perbezaan usia antara kami tidak menjadi penghalang untuk akrab. Saya mendapat pendidikan di Alice Smith School dan Garden International School di Kuala Lumpur sebelum berangkat ke United Kingdom untuk peringkat A-Levels di sekolah asrama perempuan Malvern Girls College. Memiliki ijazah sarjana dengan kepujian dalam jurusan Multimedia Technology and Design dari Universiti Kent di Canterbury, jurusan ini tidaklah begitu menyerlah 14 tahun yang lalu berbanding sekarang. Tetapi ia tidak menghalang untuk saya membuat penyelidikan teliti memilih universiti yang menawarkan pendidikan terbaik dalam bidang ini kerana saya percaya dunia digital bakal menjadi penting. I knew the importance of digital media and how it would be at the centre of everything in the future. Saya kemudian melanjutkan pelajaran dalam jurusan pemasaran di peringkat sarjana langsung lulus dengan kepujian kelas pertama dari Kingston Business School, juga di United Kingdom,” tambah Jesrina panjang lebar.

 

Lahir dalam keluarga kaya tidak sekalipun melekakan wanita muda ini. Malah dia terus menapak di atas kaki sendiri dan bekerja keras membangunkan empayar perniagaan yang diolahnya sendiri. “Seperti yang dikatakan, saya mempunyai minat yang tinggi dalam industri digital kemudian menggabungkannya dengan kemahiran pemasaran. Daripada situ saya memulakan kerjaya dalam kreatif digital dan agensi media lantas beralih mengetuai pemasaran digital di Astro. Semua pendedahan dan pengalaman dicatat untuk membantu mengembangkan perniagaan di laman web juga telefon pintar. Bagaimanapun, jauh di sudut hati saya punya matlamat nan satu iaitu untuk merencana perniagaan sendiri dalam industri digital ini. Saya tidak menyangka konsep PurelyB yang diperkenalkan awal tahun lalu adalah titik noktah dalam berbakti di Astro lalu bergelar usahawan. Setelah berjuang dengan beberapa isu kesihatan dan pemakanan yang memakan masa bertahun-tahun lamanya, saya tahu perubahan diet dan gaya hidup boleh menyumbang ke arah kehidupan yang lebih baik. Tetapi ia mengambil terlalu banyak masa dan usaha untuk kekal sihat! Ketika menemui maklumat lanjut tentang pemakanan sihat dan manfaatnya, resipi, kedai-kedai runcit dan restoran yang menyediakan hidangan daripada bahan yang menepati keperluan kesihatan, saya terus mempraktikan untuk amalan pemakanan saya. I was able to easily change my lifestyle for the better. Paling penting dalam tempoh masa yang singkat saya dapat melihat perubahan besar dalam kesihatan saya.”

See also
Santai - 5 Lokasi Kafe & Restoran Hip Ideal

 

Pendedahan ini benar-benar berharga. Ia merupakan satu titik perubahan bagi Jesrina. Dia tahu bukanlah sukar untuk menjadi sihat di Malaysia tetapi maklumat yang sedia ada agak bercanggah! “If there was one place I could have found all of this out, I could have made improvements to my health years ago! Buntu kerana tiada jalan penyelesaian, saya mendapat ilham untuk menubuhkan PurelyB. Demi gaya hidup sihat, saya terus bersemangat untuk menyelesaikan masalah ini lantas membuat penyelesaian buat yang senasib dengan saya. I then put together a team of digital specialists, and leading health and wellness ex   acperts in the region to create PurelyB.com. Together, we launched the site within a mere two months, driven by everyone’s sheer passion, dedication and love for our cause.”

 

Trend sihat masa kini Melihatkan trend zaman sekarang yang obses sihat, Jesrina melihat ada potensi di situ dan terus merebut peluang yang ada. “Kalau dahulu orang gilakan kopi, terlihat di sana sini kafe-kafe kopi dibuka. Kini jus bar pula menjadi tarikan. Melihat akan sambutan positif mengenai makanan organik saya mula mengatur langkah. Mungkin tidak ramai yang tahu di Kuala Lumpur sudah ada restoran yang menghidangkan makanan berkhasiat dan 100 peratus organik. Ada juga menawarkan khidmat penghantaran terus ke pintu rumah. Di PurelyB, kami membantu sebaik mungkin dengan memberi maklumat, produk, program dan perkhidmatan buat yang mahukan gaya hidup sihat. Malah bukan itu sahaja, anda juga boleh membaca artikel-artikel mengenai kesihatan atau berkongsi resipi masakan. Bukan sahaja merupakan impian saya, malah kami sungguh berbesar hati mahu membantu anda menjadi lebih sihat lantas berpotensi mempengaruhi perubahan positif dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung, kami membina sebuah komuniti dan mereka menjalin matlamat yang sama, untuk hidup secara sihat dan lebih bahagia. Kami membuatkannya tampak seronok dan mudah untuk sesiapa sahaja, terutamanya jika mereka berada di Asia,” tutur Jesrina.

 

See also
GLAM Heart: Program Ramah Mesra Bersama Kanak-Kanak di Hospital

“Mereka boleh memilih sama ada pemakanan, kecergasan atau motivasi minda juga bimbingan dalam talian bersama-sama resipi asal buat perjalanan kesihatan mereka. Pengguna boleh mendaftar untuk mana-mana tiga program kesihatan yang direka khas oleh tenaga pakar kami iaitu program detox selama tiga hari, kickstart program untuk gaya hidup sihat selama 21 hari dan program penurunan berat badan selama 30 hari. Ahli juga boleh mendaftar untuk pilihan premium di mana mereka boleh mendapatkan hidangan lazat lagi sihat untuk makan tengah hari, makan malam dan kudapan yang dihantar terus untuk tempoh keseluruhan program. Contohnya sepanjang 21 hari atau 30 hari berturut-turut.”

 

Usaha keras wanita ini membuahkan hasil. Ini terbukti apabila PurelyB terus mendapat perhatian. “Jujur saya katakan, masa sentiasa mencemburui saya. Banyak masa diluangkan untuk membuat kajian. Itu tidak termasuk mencari tempat-tempat yang menyediakan makanan organik. Saya perlu terbang ke sana sini, menghadiri mesyuarat baik di dalam mahupun luar negara hanya untuk memastikan pelanggan kami di PurelyB menerima servis yang terbaik. Setiap program yang kami tawarkan harus menepati piawaian. In collaboration with regional experts, we are the first in Asia to offer end-to-end solutions, providing inspiration, guidance, convenience for our users, seamlessly all in one place! Awal tahun ini juga kami akan melancarkan gedung dalam talian yang menghubungkan pembeli dengan aneka jenama yang semestinya dipantau kualitinya. Kami menyediakan kemudahan bagi pengguna untuk mencari dan membeli barangan daripada produk berkualiti hinggalah perkhidmatan berlandaskan kesihatan daripada penjual yang dipercayai dari seluruh dunia. Hanya layari laman web kami di purelyb.com, semuanya ada di situ.”

 

Jesrina sempat berkongsi pendapat mengenai agenda tahun 2016 sebelum menoktahi bicaranya. “Berbicara mengenai what’s next? Saya rasa kita akan mengalami satu fenomena di mana kesihatan dan gaya hidup sihat bukan lagi permintaan yang khusus. Bahkan lebih ramai orang di Asia sudah memandang serius akan keutamaan mengekalkan kesihatan yang seimbang baik daripada segi fizikal ataupun mental menerusi perubahan gaya hidup. Lambat laun kesihatan bakal menjalar ke dalam semua aspek kehidupan menerusi pengalaman. Bukan hanya soal pemakanan tetapi dalam segala-gala yang kita lakukan. Produk kesihatan akan direka lebih baik, mudah diakses dan seronok untuk menyangkal pendapat sesetengah individu yang masih menyekutukan kesihatan adalah sukar, membosankan, hambar dan paling penting not living a life. Leading a healthy lifestyle is not just about nutrition and healthy diets, it’s a holistic approach to improving yourself overall. Your mind, your body and your soul.”

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Januari 2016