"Hari ini perempuan boleh berdiri sebaris dengan lelaki." - Muhaini Mahmud

“Hari ini perempuan boleh berdiri sebaris dengan lelaki.” – Muhaini Mahmud

Selesa dipanggil Mui, Muhaini Mahmud, Pengarah Hal Ehwal Perhubungan Korporat di WestStar Group of Companies datang menemui krew kami seawal jam 10 pagi. Manis orangnya. Siapa sangka dia memiliki ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta sarjana dalam Sains Aktuari di London tetapi tersasar di bidang perhubungan korporat.

 

“Memang minat saya cenderung ke arah ini. Saya belajar kejuruteraan juga Sains Aktuari ini kerana minatkan subjek Matematik juga Statistik. Namun, apabila bekerja, saya rasakan perwatakan saya ini lebih cenderung kepada Perhubungan Awam”. Muhaini mula menyedarinya lapan tahun yang lalu dan mengambil keputusan beralih ke bidang ini dan dia pasti bidang ini dekat dengan jiwanya.

 

Serba sedikit mengenai syarikat yang diuruskannya, Weststar merupakan syarikat yang menguruskan dua perniagaan teras iaitu perniagaan dalam bidang automatif dna juga penerbangan. Van jenis Maxus Van merupakan kenderaan komersial yang dibawa masuk oleh syarikatnya. Begitu juga helikopter untuk perkhidmatan syarikat-syarikat minyak dan gas untuk mengangkut para pekerja yang berkhidmat di pelantar minyak.

See also
8 Wanita "Crazy Rich Asians" Sebenar Dalam Dunia Fesyen

 

Kariernya memerlukan dia bekerja dengan kaum lelaki. “Memang agak sukar. Kita tidak dapat lari daripada diskriminasi. Orang lelaki ini selalu berfikir yang perempuan tidak mampu berdiri sebaris dengan mereka. They always see that we girls are supposed to stand at the back”. Membantah kenyataan itu, Mui berkata, “Bagi saya hari ini perempuan boleh berdiri sebaris dengan mereka meskipun tidak mudah. Harus saya akui untuk ke depan banyak halangannya. Paling penting ialah anda harus berdiri teguh dan berusaha keras. Tiada jalan pintas! You have to work and you have to prove yourself. The only way is to show the results of everything that you do.”

 

Kejayaanya hari ini adalah hasil daripada dorongan ibunya, Tan Sri Sharifah Hapsah. Menarik lagi tentang wanita ini, dia punyai hobi bermain golf. Soal saya, adakah ia merupakan salah satu cara Mui bersosial bersama klien? “ Ya, kerja menjadi sebab pertama saya bermain golf. Saya rasa ini adalah cara terbaik untuk berinterakasi dengan mereka. Namun, sekarang saya sudah biasa bermain golf bersama keluarga juga teman-teman. Jadi, golf bukanlah didedikasikan kepada klien semata-mata. Memang pekerjaan membuatkan saya terjebak dengan sukan golf ini. But now, I do it for leisure too.”

 

See also
Nobu Hos Hari Jadi Tengku Chanela Jamidah

Saya melihat Muhaini punya sifat tegas dalam dirinya. “Bagi saya, garang, kuat dan tegas perlu ada dalam diri ini. Melalui pengalaman saya juga, kerana apabila terlalu baik juga orang akan pijak kepala. That way you wouldn’t be able to get your job done. Moto saya ialah ketika berkerja, saya harus sentiasa memastikan kerja saya siap. Jadi saya sedar, kerja akan berjalan cepat apabila saya mempunyai sifat-sifat ini. Apa jua saya amat kagumkan wanita yang hebat berkerjaya tetapi masa sama seorang ibu. I have full respect for women who can balance those two,” dia mengakhiri bicaranya hari itu.

 

Penyelaras Zuhairie Sahrom dan Amira Azman
Arahan Seni ASHURA HAKIM
Gambar ERIC CHOW/BLINK STUDIO
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mei 2015