Elizabeth Olsen Menerangkan Mengapa Mary-Kate dan Ashley Sangat Berahsia - Glam Malaysia

Elizabeth Olsen Menerangkan Mengapa Mary-Kate dan Ashley Sangat Berahsia

Walaupun Mary-Kate dan Ashley Olsen merupakan pasangan kembar paling popular di dunia, masih banyak lagi yang tidak diketahui oleh pihak umum perihal kisah hidup mereka. Menurut adik mereka, Elizabeth Olsen, memang itulah tujuan mereka sebenarnya. Untuk kekal misteri dan menjaga kehidupan peribadi mereka.

 

Dalam satu temubual baru-baru ini, Elizabeth berkongsikan cara dan nasihat daripada kakak-kakaknya yang membantu membentuk pendekatan Elizabeth apabila berdepan dengan media.

 

“Saya tidak mengambil kisah berkenaan apa yang saya katakan dalam temubual kerana saya anggap tiada siapa yang akan membacanya,” ujar Elizabeth.

 

“Kemudian kami akan berbual dan kakak-kakak saya akan berkata, ‘Walaupun anda menganggap tiada siapa akan membaca rencana tersebut, sesiapa sahaja boleh memetik kata-kata anda pada hari yang lain.’ Ini semua adalah sebahagian daripada cara anda berharap orang itu boleh mentafsir dan membentuk persona anda. Mereka sangat penuh berahsia.”

 

Kedua-duanya menasihatkan Elizabeth untuk tidak terlalu mendedahkan dirinya hanya kerana dia makin popular. Mereka juga berpesan bahawa Elizabeth juga patut berhati-hati apabila membuat keputusan untuk menjalani temubual dan fikir dahulu sebelum berbicara.

See also
Fashion Affair: Pembukaan Megah Flagship Store Max Mara di Pavilion

 

Dengan nasihat itu sentiasa berada dalam fikirannya, Elizabeth kini enggan membincangkan kehidupan peribadinya dengan pihak umum.

 

“Jika ia melibatkan saya seorang sahaja, saya akan berkongsi, tetapi jika ia melibatkan orang lain, saya tidak akan berkata apa-apa. Saya enggan menceritakan kisah orang lain.”