Dua Selebriti Jalani Tragis Hampir Serupa - Page 4 of 4

Dua Selebriti Jalani Tragis Hampir Serupa

Orang kata, selebriti juga jalani kehidupan serupa dengan kita sebagai insan biasa. Disebalik susuk wajah jelita atau tampan, mereka punya penyakit berbahaya, hidup dalam rahsia tersendiri dan memiliki hobi yang meragut nyawa secara tragis. 

 

Terdapat sorotan cerita berbeza yang GLAM mahu kongsi. Disebalik wajah jelita dua persona, mereka rupa-rupanya diserang dua penyakit berbeza namun memberi efek pada buah pinggang masing-masing.

 

Kemasyhuran tidak menjamin kehidupan sempurna kerana tekanan mampu membawa padah. Ada segelintir terlibat dengan pengaruh dadah yang membawa padah kehidupan. Pada mereka, tanpa kebebasan hidup hanya dadah mampu mententeramkan fikiran. Gaya hidup seks bebas turut mengundang penyakit membawa maut.

 

Bermacam lagi kisah yang pastinya setiap satu diharap dapat menjadi perkongsian bermakna sebagai pengajaran hidup. Kadang-kadang anda perlu bersyukur dengan kehidupan kerana orang lain mungkin mempunyai masalah lebih berat daripada dialami sendiri.

 

4 of 4

Whitney Houston & Sridevi

 

A post shared by Sridevi Kapoor (@sridevi.kapoor) on

 

Kenyataan daripada forensik sama, mereka berdua meninggal di dalam tab mandi. Whitney Houston dikatakan di dalam pengaruh dadah dan arak, begitu juga Sridevi namun pakar forensik menyatakan mereka lemas secara tidak sengaja. Walhal kedua-duanya adalah penyanyi dan pelakon lama yang sangat disayangi peminat.

 

Mengimbas semula kemasyhuran mereka, Whitney Houston menjadi penyanyi kulit hitam disayangi peminat pada era 80an. Turut berlakon dan semesti filemnya mendapat sambutan. Meninggal pada usia 48 tahun ketika rancangan besarnya ingin kembali di arena seni. Sridevi pula meninggal di Dubai ketika menghadiri perkahwinan anak saudaranya dan meninggal pada usia 54 dan sangat popuar juga di era 80an sebagai pelakon.

 

Semestinya kehadiran mereka di arena seni akan dikenang selama-lamanya. Segala kemanisan bakal dikenang manakala keburukan mereka hanya sebagai pengajaran. Sebagai manusia mereka tidak lari daripada melakukan kesilapan.

See also
Berdepan Wabak Corona, Di Mana Keluarga Presiden Trump?