COMME des GARÇONS Sertai Dunia Emoji

GLAM Life

COMME des GARÇONS Sertai Dunia Emoji

109

Sumber: COMME des GARÇONS

 

COMME des GARÇONS sememangnya terkenal dengan simbol atau karakter PLAY yang berbentuk hati rekaan mereka. Baru-baru ini, mereka mengambil langkah berani dengan mengeluarkan aplikasi koleksi sticker berinspirasikan logo PLAY tersebut. Ia juga terdapat dalam format yang boleh diguna terus dalam aplikasi iMessage. Koleksi sticker PLAY itu bertemakan kecerian musim cuti yakni Krismas!

 

Pada pangkalnya, simbol yang kian menjadi sinonim kepada jenama Jepun ini direka oleh seorang artis dari Poland bernama Filip Pagowski. Ia kini menjedi salah satu simbol popular dalam dunia fesyen, sekali bersama karakter Monster oleh Fendi dan simbol haiwan rekaan Alessandro Michele dari Gucci.

 

Sumber: COMME des GARÇONS

 

Anda kini boleh berkomunikasi bersama para sahabat dengan menggunakan kira-kira lebih 20 emoji PLAY yang dimuatkan dalam pek emoji tersebut! Bermula semalam (23 November 2016), aplikasi emoji oleh COMME des GARÇONS ini ditawarkan kepada umum.

 

Yang mana satu menjadi kegemaran anda? Kesemuanya terlalu comel!

Oleh: Aizat Azman Shah

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *