Bukan Iklan Percintaan Yang Biasa Oleh Sandy Hook Promise

GLAM Life

Bukan Iklan Percintaan Yang Biasa Oleh Sandy Hook Promise

106

Sebuah komuniti Sandy Hook Promise yang terdiri daripada ibu-bapa kanak-kanak yang terkorban pada hari tersebut baru-baru ini mengeluarkan suata iklan kesedaran yang membuatkan kami di GLAM terkesima dengan pengakhirannya.

 

Lihat video ini dahulu sebelum anda teruskan membaca.

 

 

Pada tahun 2012, dunia digegarkan dengan kejadian tembak-menembak di Sandy Hook Elementary School, Newtown, Connecticut di mana 20 kanak-kanak berusia antara 6-7 tahun dan 6 orang dewasa maut selepas ditembak oleh Adam Lanza yang kemudiannya menembak dirinya sendiri.

 

Kejadian tersebut merupakan kejadian tembak-menembak ketiga terbesar di Amerika Syarikat yang dilakukan oleh seorang individu dan selepas kejadian itu, orang ramai mula meminta kerajaan mereka mengubah akta pengawasan pistol mereka.

 
Pengasas bersama dan pengarah Sandy Hook Promise, Nicole Hockey yang kehilangan anak lelakinya dalam kejadian empat tahun lalu itu memberitahu Ad Week, “Apabila kita tidak tahu apa yang perlu dicari ataupun tidak mengenali apa yang kita nampak, ianya mudah untuk kita melihat tanda-tanda amaran atau kita menganaggapnya tidak penting. Itu boleh menyebabkan akibat yang tragik.”
 

Sandy Hook Promise juga menyatakan bahawa dalam 70% penembak sekolah dan 70% orang yang mencabut nyawa sendiri selalunya memberitahu seseorang akan rancangan mereka, tetapi tiada siapa yang mengambil tindakan.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *