Ruang – Idea Warna Ungu

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ramai yang masih skeptikal – warna ungu mendominasi kediaman. Dianggap warna lapuk, sukar untuk disuai padan, apalagi untuk bermain tekstur dan corak berlebihan kerana warna ungu yang kelihatan terlalu mendalam.

 

Apa jua tonasi ungu, pastel atau mewah pekat yang mahu digunakan ternyata sesuai menempati apa juga ruang yang ada di kediaman. Lihat saja 9 ideal ruang kediaman ungu menarik.
 

Pereka, Alex Papachristidis memadankan tonasi monokrom ungu pastel, mendalam bersama aksesori biru nilam dan tembaga untuk apartmen di Upper East Side, New York. Sofa empuk dibaluti fabrik berbunga dan baldu, Manuel Canovas. Manakala, kusyen pelbagai corak fabrik kapas daripada Brunschwig & Fils. Hamparan permaidani ditempah khas daripada Beauvais. Kerusi berlengan Louis XVI menggunakan fabrik Braquenie dan dinding dalam kemasan kulit kambing daripada Manuel Canovas.

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone