Rangkaian Dior HOME

Teks : Shahril Hadi Halim

 

Dior mencipta satu lagi langkah ke hadapan dengan memperkenalkan seleksi produk kediaman di bawah rangkaian Dior HOME.

 

Pelancaran rangkaian Dior HOME terbaru ini mengekalkan tahap kesenian tertinggi sebagaimana yang diterapkan oleh pereka ini tatkala menghias kediamannya yang terletak Paris, Milly-La-Foret, dan La Colle Noire di Provence.

 

Peter Marrino merupakan arkitek yang sering bekerja sama dam seni bina butik Dior turut diberi peluang berkarya apabila dia hadir dengan rangkaian aksesori kediaman tersendiri. Selain Peter, mereka turut menjemput beberapa pereka lain untuk bersama-sama mengilhamkan rangkaian produk yang membawakan gaya signatur jenama ini. Secara keseluruhan terdapat 10 artis dan pereka lain berkongsi idea menghasilkan rekaan untuk melengkapkan rangkaian yang pertama kalinya menemui penggemar jenama ini. Hubert Le Gall, India Mahdavi, Jeremy Maxwell, Yann Debelle de Montby, Michel et Daniel Bismut, Michael Cailloux, Jerome Faillant-Dumas, Veronique Taittinger, Lucie de la Falaise dan Giberto Arrivabene adalah antara mereka yang bertuah kerana diberi peluang untuk menterjemahkan kreativiti mereka sehingga menjadi  produk untuk rangkaian terbaru ini. Setiap satu daripada pereka ini menyuntik gaya tersendiri selain menghasilkan varian tertentu mengikut kesesuaian jenama ini.

 

Selain pereka terpilih, House of Dior turut mengilhamkan sendiri seleksi eksklusif yang direka oleh pereka dalaman mereka.

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone