GLAM Deko Ruang - 17 Idea Reka Bentuk Dapur Berpulau - Page 10 of 17 - Glam Malaysia

GLAM Deko Ruang – 17 Idea Reka Bentuk Dapur Berpulau

Dibina agar berfungsi, praktikal dan tentunya menambahkan gaya, kabinet dapur berpulau boleh dimiliki tanpa mempertikaikan keluasan ruang kediaman. Apartmen, kondominium atau teres, reka bentuk kabinet aksesori dapur ini mampu direalisasikan. Kuncinya adalah bijak mempergunakan ruang seadanya, rancang reka pelan sebaiknya, dan perlu mengikut gerak kerja selancar sang penghuni agar tidak kekok apabila beraksi di dapur. Lihat 17 inspirasi bergambar sebagai rujukan.

10 of 17

Biru Navy

4

Kediaman di Hollywood Hills ini mempamerkan gaya vintaj kedesaan. Lampu loket antik daripada BassamFellows. Manakala, bangku kayu diperolehi daripada Design Within Reach. Warna biru pekat pada rekaan kabinet dicat dengan kod warna Farrow & Ball Hague Blue.