GLAM Deko Destinasi – Tanggam Design Centre

Ditubuhkan atas usaha Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Tanggam Design Centre, membawa objektif untuk mempromosikan imej perabot Malaysia. Tanggam juga dilihat sebagai pemangkin peralihan industri reka bentuk perabot negara ke peringkat global.

 

Selain berfungsi sebagai ruang pamer dan menjual hasil kerja-kerja pereka tempatan, Tanggam turut menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan bengkel  kepada awam. Menakluki tiga aras bangunan dalam suasana serba moden komprehensif, terdapat ruang studio boleh disewa, bilik mesyuarat, pusat penyelidikan dan perpustakaan dengan lebih 1,000 sumber material untuk digunakan. Ruang studio dilengkapi ruang kerja, komputer, pencetak, Design Software serta akses internet. Pereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada kumpulan pereka berpengalaman dalam bidang reka bentuk perabot dan kerja-kerja berkaitan.

 

Tanggam Design Centre bertapak di No. 16, Jalan PJU 5/5, Dataran Sunway, Kota Damansara. Maklumat lanjut ada di www.tanggam.my

1 of 6

Tanggam Design Centre 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone