9 Idea Dekorasi Bilik Tidur Gaya Chic

Gambar : Ralph Lauren Home

 

  1. Meja Sisi

“Pastikan meja sisi sentiasa berada dalam keadaan rapi dan teratur. Keep clutter off,” beritahu pereka Brad Ford daripada firma Brad Ford Id Inc. Meja sisi adalah objek pertama penghuni lihat setiap pagi apabila bangkit dari tidur. Ianya bagaikan metafora bagaimana anda menjalani kehidupan sehari-harian.

 

landscape-hbx080116harper03

 

2. Kertas Dinding

Tidak hanya membentuk titik fokal ruang, kertas dinding di panel dinding katil mewujudkan kepompong yang menyelubungi aura tenang dan damai. Malah pereka Jeff Andrews berkata, seni dekorasi dinding membantu mata agar lebih relaks apabila kembali berada di tempat tidur.

 

zara-beddingGambar : Zara Home

 

3. Cadar

It’s always has to be cotton! Kerana fabrik jenis ini bernafas dan menyerap segala lembapan dengan mudah. Kapas juga bersifat lebih sejuk, selesa, ideal apabila menyentuh kulit ketika tidur. Pilih cadar yang mengandungi 100 peratus gentian fiber dan jika mahukan lebih kemewahan, gosok cadar sebelum mula memasangnya.

 

h-and-m-home-spring-2016-collection-bedroomGambar : H&M Home Musim Bunga/ Luruh 2016

 

4. Minimalis

“I like to dress my bed simply, so its manageable,” kata pereka, Jon Call dari, Jon Call Designs. Jelasnya lagi, ruang beradu harus berada di dalam keadaan teratur agar apabila pulang penghuni tidak berasa serabut dan kompleks. Tambah Jon Call lagi, “Your bedroom is your refugee. You can’t control the world, but you can control your bedroom.”

 

kourtney-kardashian-grey-crawford-jeff-andrews-design-bedroom

Reka bentuk Jeff Andrews untuk kamar beradu utama, Kourtney Kardashian di kediaman lamanya di California, Amerika Syarikat.

 

5. Karya Seni

Ramai yang memikirkan warna bilik tidur yang memainkan peranan penting sehingga melupakan karya seni berbentuk lukisan atau fotografi. Menariknya, di ruang ini anda boleh memilih karya seni berunsur provokatif atau sensual tanpa memikirkan sensitiviti. But, it has to be easy on the eyes. Jangan pilih hasil seni yang terlalu berwarna-warni.

 

54bfc81fd42bb_-_master-bedroom-1-copy-20649489Gambar : Jeff Andrews Design

 

6. Zon Duduk

“Jika anda, seorang yang suka melepak di bilik tidur. Wujudkan ruang duduk-duduk berasingan,” kata Jeff Andrews. Ini membantu merehatkan otak daripada bekerja, membaca dan menonton televisyen di kamar beradu.

 

josette-bedroomGambar : Laura Ashley

 

7. Window Treatments

Suasana gelap-gelita tanpa kemasukan cahaya, keselasaan optimum bagi sesetengah orang untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan cukup. Pasang dua tabir langsir, untuk kegunaan siang dan malam. Langsir jenis lights out (kegunaan malam) bersifat tebal, tahan lelas, tahan lasak dan juga kalis bunyi.

 

n6402_n2257_rs_0Gambar : Bernhardt Design

 

8. Pencahayaan

“Meja sisi harus dilengkapi lampu bacaan yang betul. Lampu yang dipasang terus pada dinding memberi lebih ruang meja sisi. Pastikan lampu dipasang dimmer agar boleh mengawal tahap kecerahan yang diingini,” beritahu Jon Call lagi.

 

9.Gajet & Teknologi

Kesemua ini mendatangkan masalah mendapatkan lena yang sempurna. Ini kerana otak masih berkerja apabila anda asyik menghadap gajet dan telefon pintar di atas katil. Jika menggunakan penggera telefon pintar, malapkan cahaya lampu telefon sebelum tidur. Walau sedikit cahaya, mampu mengganggu tidur yang sempurna.

 

KONGSI DI Share on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on Google+Email this to someone