Senarai Jutawan Jejaka Paling Muda Di Dunia

Senarai Jutawan Paling Muda Di Dunia

Generasi muda mula menduduki senarai jutawan terkaya di dunia untuk tahun 2015. Sama ada mewarisi harta kekayaan atau memperolehinya hasil usaha dalam bidang keusahawanan, kenali antara mereka yang tersenarai.

5 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Tom Persson

TomPersson

Gambar: Forbes

Umur: 33 tahun
Nilai kekayaan: US$3 bilion

Dinobatkan sebagai jutawan muda terkaya di Eropah, Tom Persson merupakan anak kepada pengerusi jenama pakaian gedung H&M, Stefan Persson. Datuknya mengasaskan jenama itu pada tahun 1947 dan kini empayar H&M menjangkau ke peringkat global dengan lebih 3500 buah butik di 53 negara. Tom Persson baru sahaja menamatkan pengajian di Met Film School, London dan bakal memulakan syarikat produksi filem secara kecilan di Stockholm.