Pembukaan Butik Mewah Patchi di Pavilion Elite - Glam Malaysia

Pembukaan Butik Mewah Patchi di Pavilion Elite

Diasaskan pada tahun 1974 oleh Nizar Choucair dengan hanya sebuah butik cokelat di Beirut, jenama ini tidak mengambil masa yang lama untuk memonopoli arena chocolate gifting untuk mereka yang istimewa dengan persembahan cokelat mereka yang menawan dan mewah,

 

Patchi mula bertapak di Malaysia pada tahun 2003 dengan butik mereka yang sophisticated dari segi susun atur setiap elemen dalam butik tersebut. 13 Julai yang lalu Patchi meraikan butik ketiga mereka di Malaysia bertempat di Pavilion Elite, Kuala Lumpur.

 
[envira-gallery id=”68800″]

“Untuk Patchi Malaysia, kami sentiasa mencuba untuk menghasilkan teknik chooclate gifting yang baru dengan rangkaian Goumandine, susunan hadiah cokelat, susunan perkahwinan dan bayi. Kami juga sentiasa mencuba untuk menawarkan pilihan cokelat yang terbaik buat pelanggan kami di Malaysia,” nyata Ketua Jualan dan Operasi Patchi Malaysia, Yazeed Datuk Kayoom.

 
[envira-gallery id=”68801″]

Kebanyakan koleksi yang ditawarkan oleh patchi Malaysia adalah mengikut musim perayaan di sini untuk memastikan setiap cokelat yang diberikan itu mempunyai makna yang sesuai mengikut perayaan yang diraikan.

See also
10 Pelakon Wanita dengan Bayaran Tertinggi 2016

 

Butik terbaru ini juga dilengkapi dengan hiasan dalaman moden dan minimal untuk menepati jiwa Pavilion Elite sambil itu menempatkan hampir 55 perisa yang ditawarkan oleh Patchi untuk pelanggan di Malaysia.