iPhone Berona Merah Pertama Dari Apple Untuk iPhone 7 & 7 Plus - Glam Malaysia

iPhone Berona Merah Pertama Dari Apple Untuk iPhone 7 & 7 Plus

Baru-baru ini Apple baru sahaja mengumumkan iPhone berona merah pertama mereka and we’re loving it!

 

Foto: Apple

Untuk meraikan 10 tahun kerjasama bersama (RED) — sebuah organisasi global yang membantu mencegah HIV dan AIDS — Apple akan melancarkan iPhone 7 and iPhone 7 Plus (PRODUCT)RED Special Edition.

 

Dengan setipa pembelian (PRODUCT)RED iPhone akan membantu Dana Global (RED) yang akan membekalkan program ujian, kaunseling, rawatan dan pencegaha HIV dan AIDS. Setakat ini Dana Global ini telah meraih dana sebanyak $465 juta dan $130 juta sendiri daripada Apple.

 

Foto: Apple

Kemasan rona merah ini merupakan rona paling menyerlah pernah dikeluarkan untuk mana-mana iPhone (iPhone 7/7 Plus terdiri daripada matte black, jet black, silver, gold, dan rose gold).

 

“Sejak kami mula bekerjasama dengan (RED) 10 tahun yang lalu, pelanggan-pelanggan kami telah membantuk memberi impak yang besar dalam mencegah penyebaran AIDS melalui pembelian produk-produk kami, bermula dari iPod nano (PRODUCT)RED Special Edition sehinggalah ke produk Beats dan aksesori untuk iPhon, iPad dan Apple Watch,” nyata CEO Apple, Tim Cook.

See also
Semangat Segar di Kate Spade New York

 

iPhone (PRODUCT)RED ini akan mula dijual melalui pesanan atas talian dan kedai-kedai Apple pada 24 Mac ini bermula dengan harga $749 (harga mungkin berlainan di sini).