Eminem Senaraikan Kediaman Agam Pada $2 juta! - Glam Malaysia

Eminem Senaraikan Kediaman Agam Pada $2 juta!

Any buyers?

 

Foto: Trulia / Getty Images

Rapper Eminem dikhabarkan bakal menjual kediammannya yang dibeli lebih 14 tahun lalu! Mansion yang terletak di Michigan itu mempunyai enam kamar tidur dan sembilan kamar mandi, dan dibelinya pada tahun 2003.

 

Harga asal? $4.75 juta. Ya, rapper Lose Yourself itu telah menyenaraikan rumah agam itu pada harga $1.999 juta, 42 peratus lebih rendah dari harga yang dibelinya!

 

[soliloquy id=”70123″]

 

Rumah agam gaya kontemporari itu dibina pada tahun 1986 dan mempunyai keluasan lebih 17,000 kaki persegi dan kawasan lebih enam ekar! Ia terketak di Rochester Hills, pinggir bandar Detroit.

 

Kesemua bilik tidur di rumah utama merupakan jenis suite. Ia juga mempunyai gelanggang tenis, kolam renang spa dilengkapi dengan air terjun, kabana hiburan dan sebuah rumah tetamu, beserta bilik permainannya sendiri! Rumah berpagar itu juga mempunyai kolam persendirian berjirankan perhutanan.

 

Ada sesiapa yang ingin menjadi penetap seterusnya di rumah agam milik Rap God ini?

See also
Nikmati Diet Menyelerakan