
Foto: INGimage
Sering berdepan dengan menu yang lazat membuatkan anda kalah dalam membuat pilihan makanan yang harus diambil bukan. Mungkin sukar untuk mengira kalori dalam setiap hidangan yang anda ambil tetapi anda boleh mengurangkan hidangan yang kurang bagus untuk kesihatan dan penjagaan tubuh dengan memilih pemakanan sihat seperti yang GLAM himpunkan dan masih menikmati sesi bersantap dan maintain berat badan ideal itu tanpa perlu mengorbankan selera.

Air Minum 2 liter air setiap hari, jika inginkan kelainan anda boleh letak lemon, timun, mint, atau buah-buahan untuk menjadikan air tersebut lebih sedap. Selain daripada itu, air juga mampu membolehkan penghadaman anda berfungsi dengan baik dan dapat membantu mencerahkan kulit serta menaikkan tahap energi. Untuk detoksifikasi tambahan di badan mulakan hari anda dengan minum secawan air panas serta setengah biji lemon setiap pagi kerana ia dapat membantu memperbaiki sistem penghadaman.

Sayur & Buah Untuk pembersihan dan detoksifikasi sertakan menu sayur-sayuran dan buahan setiap hari kalau boleh setengah daripada pinggan anda dipenuhi dengan sayuran dan buahan. Ia sangat bagus serta dapat menaikkan metabolisme.

Lemak Sihat Lemak yang sihat dapat membantu menghilangkan toksin dalam badan, menahan anda daripada berasa lapar, meningkatkan mood, dan sistem perncernaan. Antara makanan yang mempunyai lemak yang sihat adalah avocado, walnat, pistachio, kelapa, tahini, mentega kacang dan susu badam, minyak zaitun serta minyak yang berasaskan daripada ikan contohnya salmon, mahi mahi, ikan kembung dan lain-lain.

Daging Pilih satu hari atau lebih dalam seminggu untuk elak makan daging atau apa-apa sumber-sumber yang berunsurkan protein haiwan. Makanlah makanan yang berunsurkan sayuran sebagai menu sepanjang hari adalah lebih bermanfaat.

Gula dan Pemanis Pilih lebih banyak pemanis yang berasaskan dari sumber semulajadi seperti maple syrup, madu, agave nectar dan jem segar. Amalkan selama dua minggu anda akan berasa satu anjakan tenaga apabila memberi tumpuan pada buah-buahan segar dan coklat gelap.

Waktu Makan & Snek Jangan sesekali skip meal, cuba untuk makan 3 atau 4 jam untuk mengekalkan dan menaikkan metabolisme anda.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-DRAGON dan ...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Menakutkan S...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Paling Banyak
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah Temui Peng...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Fauré Le Page Memperkenalkan ‘First Page’ Bagi Penutup Spring/Summer 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
