Tahniah! Che Puan Juliana Evans Selamat Lahirkan Cahaya Mata Dan Nama Anak Diberi Adalah…

Berita

Tahniah! Che Puan Juliana Evans Selamat Lahirkan Cahaya Mata Dan Nama Anak Diberi Adalah…

632

Tahniah GLAM ucapkan kepada pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans yang selamat melahirkan cahaya mata sabtu lepas pada jam 9.39 malam. Pelakon filem Bella & Jamie itu mengumumkan perkhabaran gembira berkenaan menerusi perkongsian di Insta Story dengan kapsyen “Alhamdulillah, saya kini sudah bergelar seorang ibu,”

Selain itu, foto yang dikongsi itu juga merakamkan wajah Juliana sedang tersenyum sambil memandang anak kesayangan yang diberinama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah. Dalam IG story nya baru-baru ini, Juliana Evans sempat menzahirkan kesyukuran, ,malah berterima kasih kepada semua yang mendoakan diri dan bayinya. Juliana turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas setiap satu pesanan yang diterima. Malah, Juliana turut menyatakan dirinya kini dilamun cinta dengan kelahiran pertamanya ini.

Juliana berkahwin dengan kerabat diraja Selangor dan Johor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Haj pada April 2017.

Your email address will not be published. Required fields are marked *