Retorik: Bahagian 1 – Lelaki ‘Player’ Tarikan Wanita?

Retorik

Retorik: Bahagian 1 – Lelaki ‘Player’ Tarikan Wanita?

14

Datin Sharifah Shawati Syed Mohd adalah Motivational Image Coach dan NLP Practitioner.
Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada [email protected]

‘Nanti I call you ok’ [wink]… janji yang sering dilafazkan oleh mereka selepas bertukar nombor telefon. Si gadis mula menaruh harapan agar selepas bertukar nombor telefon dia akan menerima sepatah ‘hi’ dari lelaki ini dalam mesej whatsapp mereka. Detik berlalu, selang beberapa minit si gadis akan memeriksa whatsapp mungkin ada mesej yang terlepas pandang. Meskipun di periksa teliti, setiap jam, sehingga hari berganti hari..berganti minggu tetapi sedihnya hati kerana masih tiada khabar. Hatinya di dalam bergelodak dengan pertanyaan kenapa dia tak telefon? ‘Mungkinkah dia hilang nombor telefon atau mungkin juga dia malu nak telefon. Atau mungkin aku yang patut telefon dia dulu?’ Kemudian untuk memujuk hati si gadis bersangka baik. Mahu positif dengan memikirkan si dia mungkin busy atau pergi oversea?

 

Ya, pelbagai persoalan bermain di minda memikirkan kenapa lelaki tersebut tidak menghubunginya. Ditambah pula komen dari kawan- kawan, ada yang menyuruhnya memberanikan diri untuk memulakan dahulu dengan hantar text kepada lelaki kerana kata mereka ada lelaki yang sukakan wanita yang berani. Tapi ada pula teman yang berkata jangan mulakan dulu demi menjaga maruah wanita. Akhirnya si gadis ini mula rasa keliru dengan semua pendapat orang sekelliling dan tidak tahu yang mana satu mahu ikut. Tiba- tiba kala si gadis ini sedang frust pada satu malam jam 11 malam, whatsapp berbunyi dengan mesej ‘hi buat apa, wanna have coffee?’. Betapa gembiranya si gadis ini. Jantungnya berdebar kencang. Perasaan gembira tidak dapat disembunyikan mendapat mesej yang sudah ditunggu-tunggu lelaki ini sejak dua minggu lepas bersua dengan lelaki tersebut. Lalu, tanpa berfikir panjang, si gadis terus bersetuju untuk bertemu untuk ‘coffee’ pada jam 11 malam tersebut di kondo si lelaki ini. Bagi si gadis ini pelawaan ini untuk ke kondo adalah satu undangan istimewa kerana menurut lelaki ini dia jarang mempelawa wanita ke kediamannya. Hanya insan istimewa sahaja yang boleh datang ke kondonya.

 

Tatkala sampai ke destinasi tersebut lelaki tersebut melayani gadis ini dengan baik. Mereka makan dan minum kopi sambil dihiburkan dengan muzik latar yang romantik dikelilingi aroma lilin yang begitu harum sehinggakan si gadis ini merasakan betapa istimewanya dirinya dan dia percaya dengan semua kata-kata manis bahawa dialah yang paling istimewa dan janji yang dilafazkan pada malam itu untuk meneruskan hubungan yang serius bersama lelaki ini.

 

Selepas malam itu, perkara yang sama berlaku di mana lelaki ini hanya akan menelefon untuk ‘coffee’ pada masa yang sesuai baginya dan bukan pertemuan yang dirancang tetapi secara tiba-tiba… at his convenience…Now girls wake up! This is a booty call and you are not special to this guy! Jangan terpedaya.

 

Sama ada anda sudah tahu dan masih ingin meneruskan atau anda seorang yang naif yang suka berangan. Well… itu terpulang tetapi apapun pilihan anda maka harus tahu menangani komplikasinya dan jangan ia berakhir dengan tangisan. Untuk menjadi wanita bijak anda perlu berada di beberapa langkah di depan sebelum ia berlaku supaya anda tidak merasa anda adalah salah seorang mangsa. Antara perkara yang perlu diketahui ialah simptom ‘perangkap atau taktik’ yang digunakan oleh lelaki. Tidak sukar kerana lelaki sentiasa menggunakan taktik memujuk dengan menggunakan kata-kata yang sama dan modus operandi yang sama juga. Namun wanita sentiasa termakan ‘umpan’ mereka kerana wanita terlalu mengikut emosi dan membuat keputusan dalam keadan separuh sedar. Mereka tidak mengikut akal fikiran yang waras dan bijak. Kaum lelaki sering mengatakan mereka merasakan kaum wanita terlalu komplikated dan sukar untuk memahami wanita. Namun jika wanita itu bijak, adalah mudah sekali untuk memahami lelaki kerana kita mempunyai kelebihan untuk menggunakan ‘instict’ yang dianugerahkan secara semulajadi. Sudah tiba masanya wanita mengasah kelebihan ini dan gunakan sebaik mungkin.

 

Apa yang berlaku dalam senario di atas ialah satu contoh klasik yang sering berlaku. Lihat taktik yang digunakan. Lelaki itu mengambil masa yang sesuai baginya untuk membuat gadis itu menunggu mesej darinya yang dinamakan ‘distancer’. Sebab dia tahu si gadis itu sudahpun menyukainya apabila mereka bertukar nombor telefon. Jadi dia sengaja buat gadis ini tertunggu-tunggu sambil dia menelefon gadis lain dan menggunakan taktik ‘pursuer’.

Apabila sudah berdating dengan beberapa gadis lain pada waktu yang sama, lelaki ini akan kembali untuk menghubungi gadis ini pada saat dia memerlukan. Lelaki ini menggunakan strategi ‘speed dating’. Dia menggunakan taktik ‘pursuer’ sama pada setiap wanita dan setiap wanita yang dipikatnya berasa merekalah satu satunya yang istimewa – tapi hakikatnya ia adalah satu strategi memikat.

Your email address will not be published. Required fields are marked *