Datin X: Menantu Datin Status Nobody

Datin X, Datin X & Korner Mak Datin

Datin X: Menantu Datin Status Nobody

245

Rina dahulunya Pengurus Besar sebuah syarikat hartanah. Rina memang orang yang kerja kuat. Jadi walaupun usia agak muda tapi sudah pegang jawatan besar dalam industri yang dimonopoli lelaki. Sibuk sangat membina kerjaya, jodoh pun datang lewat. Rina kahwin pada usia 30-an dengan anak kenalannya sendiri, seorang Datuk. Keluarga mertua memang sayang sangat pada Rina. Kalau ada apa-apa acara, Datin mesti bawa Rina bersama. Shopping wajib sekali. Kadang-kala di hujung minggu ada girls only shopping trip ke Singapura bersama aunties and nieces dari belah suami. Datin juga tidak pernah lupa membeli barangan berjenama buat Rina setiap kali dia berkunjung ke Dubai, melawat salah seorang anaknya.

 

Megah benar Datin apabila bermenantukan seorang yang bijak dan berjawatan. Datin sering berseloroh pada teman-teman sosialitnya yang Rina bakal membantu dalam syarikat gergasi Datuk suatu hari nanti. Lebih-lebih lagi suami Rina sendiri turut berkerja dengan bapanya. Kalau ada orang tanya mengenai Rina, Datin akan puji melambung! “Rina has a bright future in front of her. She’s smart, intelligent, she got great style and she’s beautiful inside out.” Tidak terpikir dalam benak fikiran Rina yang suatu hari nanti, ibu mertua merangkap kawan baiknya ini akan menjadi musuhnya yang paling ketat.

 

Tanpa suaminya, Rina lebih daripada mampu untuk sara diri sendiri. Apa lagi dengan kelahiran anak sulung, Rina makin selesa duduk di rumah dan menjaga anaknya sendiri. Semakin jarang ke pejabat, suami Rina memberi izin untuk dia berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Pada awalnya, Rina memang enjoy jadi housewife. Dia betul-betul jadi hot mom! Saban minggu dress up ke Publika sambil tolak anak dalam stroller dan brunch dengan kawan-kawan kaya lain yang tidak berkerja, hanya harap duit suami. Beza antara Rina dan kawan-kawannya, Rina datang dari latar belakang keluarga yang kurang berada. Bila Rina kerja besar, keluarga dan adik-beradiknya di kampung pun dapatlah juga kongsi rasa senang. Dalam pada Rina sedang menyelesakan diri, rupa-rupanya Datin pula yang berjauh hati.

 

Agaknya Datin kecewa apabila menantu kesayangan bertukar dari korporat menjadi suri rumah. Dia sudah tidak lagi semesra dulu. Malah dalam rumah sendiri pun, kadang-kala langsung tidak menyapa. “At first, I just ignored her. Tapi lama-kelamaan, makin menjadi-jadi pula. I bagitahu my husband, I tak mahu lagi kerap berkunjung ke rumah ibunya. Tapi bila I tak datang, diorang pula yang terhegeh-hegeh datang rumah I. I rimaslah setiap kali my in-laws datang menjenguk cucunya. Sebab mother-in-law I memang betul-betul annoying. Sekarang bahasanya tak pernah elok. Cakapnya semedang sahaja kasar, kuat memerli. Lepas tu minta I buat itu ini. Padahal ada maid di sebelah. Dia layan I macam kuli, lagi teruk dari maid!”

 

Sebagai trained professional, ada masanya Rina berkongsi buah fikirannya dengan suami berkaitan bisnes hartanah yang diusahakan Datuk. “I ingat, sesekali tu bolehlah I beri khidmat nasihat. Tapi tak sangka pula, sekarang ini tiada siapa nak dengar pendapat I. Kata orang di pejabat Datuk, pendapat I tak valid. Apa sebenarnya maksud mereka? Hanya sebab I tak kerja ke? In fact Datin… the whole world seems to think I’m useless. I’m just a housewife!” Datin X cuba memujuk, “Masa you tengah kerja besar, mestilah mertua jaja you merata-rata. Of course, siapa tak bangga anak menantu berjawatan GM kan? Company property pula tu! Tapi inilah yang dinamakan manusia mereka yang ada nama dan pangkat juga yang dipandang tinggi. Habis tu, husband you kata apa?”

 

You know my husband tu anak Mak. Ibu dia saja yang betul semua. Ada ke patut, duit belanja bulanan I dia potong hampir separuh? Ini semua gara-gara ibunya mencucuk! Katanya, kalau bagi duit banyak nanti I bank in ke kampung pula. Hei, I pun ada duit sendiri lah! Lagi pun adik-beradik I semua dah berkerja dan ada duit sendiri. Kami tak hadap duit dia!” Sambung Rina, bila Datuk buat entertaining di rumah, Datin tak benarkan Rina duduk sekali. Kata Datin, biar orang bisnes sembang bisnes. Walhalnya, ada kawan-kawan Datuk di situ dahulunya rakan sekerja Rina. Tapi iyalah… bila hilang pangkat, tempat Rina hanya di muka pintu dapur. Pernah Rina terdengar, salah seorang tetamu yang ternampak kelibat Rina di dapur. Bila tetamu itu bertanya siapa dia, balas Datin acuh tak acuh, “Oh, that’s nobody.” Datin seolah-olah tidak mahu Rina datang mendekati apalagi menyertainya dan teman-teman lain. Datin seperti malu dengan menantunya yang kini digelarnya nobody.

 

“Sekarang ni, I hanya fikirkan rumah tangga. Fikirkan suami dan anak yang masih kecil. Kalau bukan kerana mereka, sudah lama I angkat kaki. Kalau boleh I nak pindah jauh. Tapi nak buat macam mana, komitmen kerja husband I di KL.” Jadi terpaksalah Rina harung sahaja kehidupan dengan mertuanya yang azab itu. Sudahlah rumah masing-masing dalam kawasan kejiranan yang sama. Bertabahlah Rina, tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai. Lebih baik masalah dengan mertua dari dapat suami mata keranjang yang sibuk mahu menambah cawangan. Nasihat Datin X… pekakkan telinga, butakan mata, lapangkan dada. Because this shall pass.

 

Dipetik daripada GLAM Isu Mac 2018.

Your email address will not be published. Required fields are marked *