Datin X: Dua Janda Berebut Duda - Glam Malaysia

Datin X: Dua Janda Berebut Duda

Kalau lelaki sensitif betul bila ada yang menyebut mengenai menopaus. Tapi itulah dia proses menjelang hari tua, redha sahaja. Dengan sebab ini jugalah, Datin X tak sanggup menonton drama minggu ini antara dua wanita berusia separuh abad yang berstatus ibu tunggal. Mereka bertelagah hampir setahun hanya kerana satu lelaki.

Dulu zaman muda, punyalah berkawan baik. Sekarang, pantang bertentang mata. Bergaduh disebabkan lelaki, tak ubah macam anak remaja. Saling mengata, mengumpat dan menyebarkan keaiban masing-masing. Padahalnya, anak-anak sudah besar panjang. Rasa malu hilang sama sekali gara-gara cinta buta pada lelaki yang sama.

Bagi Datin X, paling lucu adalah apabila mengingatkan yang si lelaki tersebut tidak pula pernah mengaku mencintai sesiapa. Lelaki yang berstatus duda itu usianya lebih kurang sama dengan kedua-dua wanita itu tadi. Berharta, berpangkat dan muka pun boleh tahan juga. Sebagai seseorang yang turut mengenali lelaki itu, sememangnya benar sekali, umur 53 tetapi nampak macam 40! “You know men… umur tua pun masih nampak segak, masih laku.

See also
5 Kesilapan Ketika Memakai Krim Mata

Apalah yang ada pada dua makcik tu? Nak compete dengan gadis-gadis muda? Bagaimana? I’m sure you all know about this guy… he’s quite a womaniser. Perempuan keliling pinggang!” Kisah paling kelakar adalah apabila salah seorang daripada wanita itu sanggup ke pejabat lelaki itu dan menyelitkan nota peribadi di wiper kereta! “Tak akan tak boleh hantar SMS… atau Whatsapp, personal message di Facebook? Nampak sangat old fashion, buta teknologi!”

Datin X tak berapa berani nak komen hal teknologi. Sebab Datin X sendiri bukannya pandai sangat dalam bab-bab yang berkaitan aplikasi atau apa sahaja yang memerlukan muat turun. Tapi Datin X memang tidak dapat menahan mulut ini dari terus mengkritik kedua ibu tunggal itu tadi.

Bukannya apa, kalau pun sedang mencari cinta, usahlah berlagak separuh dari usia. Pakai baju macam anak gadis, skirt pendek, sleeveless mengikut trend, rambut gaya orang muda. Sudahlah begitu, nak melepak pun dengan kawan-kawan anak sendiri. Perlukah sampai begitu sekali? Pelik sungguh!

See also
Harry & Megan - No More 'His/Her Royal Highness'