GAYA LEBIH ANGGUN MEWAH
  • FESYEN
    • KLFW
    • NYFW
    • LFW
    • MFW
    • PFW
  • CANTIK
  • GAYA HIDUP
    • DATIN X
    • KORNER MAK DATIN
    • RETORIK
  • PERSONALITI
    • APA SIAPA DI MANA?
  • GLAM SOCIETÉ
  • GLAM TV
  • GLAM PLUS
    • GLAM WEDDINGS
    • GLAM JUNIOR
    • GLAM HOROLOGI
  • GLAM DEKO
    • INSPIRASI
    • KEDIAMAN
    • GALERI DEKO
    • SANTAI
  • PROMOSI
Home / Cantik / Kembalikan Keanjalan Kulit Muda Berseri Dengan THE FACE SHOP

Kembalikan Keanjalan Kulit Muda Berseri Dengan THE FACE SHOP

Ai Nazmi Norzaid
February 1, 2019

Menjelang tahun 2019, minat terhadap penjagaan kulit semakin meningkat mengikut arus perubahan masa dengan pengaruh beauty gurus di Internet. Antara yang mendapat perhatian adalah produk-produk kecantikan daripada Korea Selatan.

 

Ikutan minat dan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk penjagaan kulit, selain jenama, pengguna juga memberi lebih tumpuan kepada bahan-bahan yang digunakan bagi sesuatu produk itu. Sekali gus mendidik pengguna untuk mengenali bahan yang bersesuaian atau tidak dengan kulit.

 

Berpegang teguh kepada keaslian rahsia kecantikan wanita Korea, THE FACE SHOP menghasilkan Yehwadam menggunakan tiga bahan semulajadi yakni herba, tumbuh-tumbuhan, dan bunga yang dipilih mengikut kriteria dan piawaian terbaik.

 

Antara bahan bermutu yang terpilih adalah Heaven Grade Ginseng yang dianggap sebagai ginseng gred paling tinggi dan berusia enam tahun sebelum diguna pakai. Manakala Natural Pine Mushroom yang sukar untuk ditemui membantu merangsangkan saraf olfaktori dan mempunyai haruman menawan. Polygonum Multiflorum Root pula membantu proses rejuvenasi kulit untuk melambatkan kesan penuaan.

 

Umum mengetahui sebelum ini rakyat Malaysia kurang kesedaran dengan regim penjagaan kulit. Dengan alasan masih muda lagi atau enggan mengeluarkan wang. Dr Abrizah Ousmanpernah menyatakan, “Penghindaran adalah lebih baik daripada rawatan.” Selari dengan nilai yang dipegang oleh THE FACE SHOP, mereka menyediakan beberapa rangkaian khas mengikut peringkat umur.

 

Dari masalah kulit tidak sekata hingga ke tanda-tanda penuaan, rangkaian produk yang ditawarkan kini merangkumi pelbagai aspek membantu banteras isu-isu mengikut kehendak pengguna. THE FACE SHOP menempa nama mereka dalam industri ini dengan produk-produk anti-penuaan yang popular dalam kalangan peminat produk kecantikan. Terutamanya daripada rangkaian Yehwadam Revitalizing Moisturising ini disarankan kepada wanita lebih muda bagi membantu kembalikan kelembapan kepada kulit untuk tempoh masa yang panjang.

 

Rangkaian Yehwadam Revitalizing untuk wanita dalam lingkungan umur 25 tahun – 35 tahun pula membantu meningkatkan seri kulit anda dari dalam. Bagi wanita yang ingin mencerahkan lagi kompleksyen kulit dan rona kulit lebih sekata, anda boleh mencuba rangkaian Yehwadam Pure Brightening.

 

Bagi mereka berusia 36 tahun ke atas pula, rangkaian Yehwadam Heaven Grade Ginseng Rejuvenating yang sesuai untuk jenis kulit kering dan matang lebih disarankan. Lengkap dengan formula yang dinaik taraf siri ini mengandungi gabungan herba yang mampu menghilangkan garisan usia, kedut, dan membuatkan kulit lebih anjal dan muda.

 

Semoga pengkhususan produk mengikut usia dan kandungan mampu membangkitkan minat generasi muda di Malaysia untuk tidak mengabaikan penjagaan kulit mereka sedari awal. Keadaan tersebut lebih mudah bagi mereka mengenali kandungan dan tahap usia yang bersesuai dengan produk yang mahu dipilih.

 

Ikuti langkah-langkah ini untuk kulit lebih anjal, sihat, dan segar

Prev1 of 5Next

Yehwadam Heaven Grade Ginseng Rejuvenating Toner (RM149.90, 155ml)

Lengkap dengan haruman herba Korea, toner jenis essence ini membantu kulit anda kekal lembut, anjal dan berseri.

KONGSI DI Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Pin on Pinterest
Pinterest
Email this to someone
email
PREVIU ISU
MAJALAH
TERKINI
Edisi Digital

Banyak lagi dari GLAM

Hubungan Taylor Swift dan Joe Alwyn Semakin Ekslus...
Wajah Baru MAC Viva Glam

Artikel Berkaitan Cantik
Interpretasi Bareface Cara SKII
12 Selebriti Wanita Hollywood Kongsi Rahsia Kecant...
Godaan Wangian Dua Personaliti Coco Mademoiselle V...
Rahsia Wajah Awet Muda THE FACE SHOP
Pakar Kecantikan Serba Boleh, Medi Beaute
Kecapi 7 Keajaiban Kulit Dengan THE FACE SHOP The ...
Undercut Terbaru Selena Gomez Mungkin Menjadi Tren...
Raikan Wajah Polos Dengan #BarefacedBeautiful
Selena Gomez Enggan Dikecam Kerana Parutnya

  • ABOUT US
  • ADVERTISING OPPORTUNITIES
  • BLU INC MEDIA
  • HUBUNGI KAMI
  • PROMOSI
glam-black-150

 

Copyright © 2017 Blu Inc Media Sdn Bhd (7408-K). All right reserved.

Powered by CloudMeta Web Hosting